- Organisasi
- Hits: 2949
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
Alhamdullillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung ke Portal Rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa portal yang sentiasa berusaha untuk menambah baik portal ini dengan maklumat dan peristiwa terkini.
Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, portal ini adalah gerbang informasi kepada pengunjung bagi mendapatkan pelbagai maklumat terkini berkaitan pengurusan korporat, pekeliling dan arahan operasi kewangan, urusan perolehan Kerajaan, penerbitan dokumen rasmi dan lain-lain maklumat berkaitan Jabatan Kewangan Negeri.
Para pengunjung juga boleh berkomunikasi menerusi portal ini sebagai platform rasmi untuk memberikan maklum balas dan aduan pengguna. Pelbagai program dan hal ehwal semasa kewangan akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk paparan dan rujukan Jabatan/Agensi Kerajaan serta orang awam.
Dengan adanya portal ini sebagai salah satu medium komunikasi di antara Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dengan Jabatan-jabatan Negeri, ianya diharap dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta penyampaian Kerajaan Negeri.
Bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang, cadangan dan pandangan ikhlas yang membina daripada pengunjung adalah amat dialu-alukan. Semoga maklum balas dan pandangan tersebut dapat membantu Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang melaksanakan penambahbaikan yang berterusan dan relevan dengan keperluan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan yang cekap, telus dan cepat.
Selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.
Y.B Pegawai Kewangan Negeri
- Organisasi
- Hits: 467970
Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang
Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang
Ikuti JKNPP di
- Organisasi
- Hits: 416233
Muat turun borang, notis dan panduan :
1.
2. Borang permohonan Lanjutan Masa Membuka Bar
3.
4.
Permohonan Lesen Liquor
Cara Memohon (Sila kemukakan dokumen berikut)
1. Permohonan Baru Lesen Liquor
- Borang Eksais 27 (5 Salinan)
- Dua (2) salinan dokumen syarikat
- Memorandum And Articles, Form 49 & 24 - bagi syarikat Sendirian Berhad
- Sijil Pendaftaran Perniagaan SSM bagi - syarikat biasa.
- Kad Pengenalan pemohon (3 salinan)
- Gambar pemohon berukuran paspot (1 salinan)
- Pelan lokasi (1 salinan)
2. Permohonan Pembaharuan Lesen Liquor
- Borang Eksais 27 (1 Salinan)
- Lesen sedia ada (1 salinan)
3. Permohonan Tukar Milik Pemegang Lesen Liquor
- Borang Eksais 27 (5 salinan)
- Lesen sedia ada (1 salinan)
- Kad Pengenalan (3 salinan)
4. Permohonan Tukar Nama Premis / Tukar Kelas Lesen Liquor
- Borang Eksais 27 (5 salinan)
- Lesen sedia ada (1 salinan)
- Sijil Pendaftaraan Perniagaan SSM (2 salinan)
5. Permohonan Tukar Alamat Lesen Liquor
- Borang Eksais 27 (5 salinan)
- Lesen sedia ada (1 salinan)
- Sijil Pendaftaraan Perniagaan SSM (2 salinan)
7. Lanjutan Masa Membuka Bar
- Borang Lanjut Masa Membuka Bar (2 salinan bagi setiap satu bulan)
8. Permohonan Lesen Sementara Lesen Liquor
- Surat mengenai maklumat syarikat dan tempoh lesen ingin diperbaharui (bagi lesen liquor Rumah Awam Kelas 1,2,3, Rumah Bir 1 & 2 sahaja)
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :
Pengerusi
Lembaga Perlesenan Eksais (Negeri)Pulau Pinang
Bahagian Pelesenan,Jabatan Kewangan Negeri
Tingkat 23,Komtar
10900 Pulau Pinang.
Proses Permohonan Lesen Minuman Keras
1. Permohonan yang lengkap diisi akan dirujuk untuk ulasan dan sokongan daripada :-
Majlis Perbandaran Pulau Pinang /Seberang Perai
Jabatan Polis DiRaja Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia; dan
Jabatan Bomba
2. Setelah mendapat ulasan dari jabatan-jabatan berkenaan di atas, permohonan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pelesenan (Eksais) Negeri Pulau Pinang.
3. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon dikehendaki mengiklan permohonan di dalam dua jenis surat khabar dan kemukakan sesalinan potongan asal iklan bagi setiap iklan tersebut ke pejabat ini.
4. Surat kelulusan akan dikeluarkan bagi pemohon membuat bayaran dan mendapatkan lesen di pejabat MBPP / MPSP.
- Organisasi
- Hits: 441134