>
Penang2030wBG
F.A.Q
F.A.Q
Contact Us
Contact Us
Feedback
Feedback
Sitemap
Sitemap
04-2623505

Telephone

04-2630725

Fax

kewangannegeri@penang.gov.my

E-mail

Enakmen Kebebasan Maklumat

Enakmen Kebebasan Maklumat

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi memastikan rakyat Pulau Pinang diberi kebebasan untuk mengakses maklumat melalui saluran yang betul dan tepat. Selaras dengan tujuan tersebut, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 telah diwartakan.

Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Bagi tujuan pelaksanaan Enakmen 16 ini, maka dua (2) undang-undang subsidiari berkaitan Enakmen telah disediakan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Dua (2) subsidiari dimaksudkan adalah seperti berikut :

    1. Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014; dan

    2. Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2014

Mana-mana individu yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, maka permohonan boleh dibuat mengikut ketetapan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen dan juga undang-undang subsidiari berkenaan. Permohonan mendapatkan maklumat atau akses kepada maklumat hendaklah dibuat kepada Pegawai Maklumat di jabatan terbabit.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di talian terus 04- 650 5222 / 5662 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kaunter khas Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) telah dibuka di kaunter tingkat 3, KOMTAR berkuatkuasa pada 12 Januari 2015 dan akan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5 petang. Pegawai perhubungan ditempatkan di kaunter khas tersebut.

Peraturan-peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014 dan Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang

...
Date-144Thursday, 29 November 2018 03:24
File Size-144 477.04 KB
Download-144 3,791

Senarai IO Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Date-145Thursday, 29 November 2018 03:26
File Size-145 32.98 KB
Download-145 3,722

Warta Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Date-146Thursday, 29 November 2018 03:26
File Size-146 180 KB
Download-146 4,069

Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat (Borang A)

Date-147Thursday, 29 November 2018 03:26
File Size-147 208.86 KB
Download-147 3,877

Level 23, KOMTAR, 10990
George Town,Penang

04-2623505

04-2630725

kewangannegeri[at]penang[dot]gov[dot]my

© All Rights Reserved 2024 Penang State Treasury Department

Pelawat Bulan Ini: 6297 | Capaian Pelawat Keseluruhan: 91460

  • Tarikh Kemaskini: 12.03.2024

Search