Dasar Privasi
1. Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Jika anda memilih untuk berurusan dengan menggunakan laman web kami atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain supaya dapat memberi perkhidmatan kepada anda dengan cara yang paling cekap dan berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi kerajaan yang lain.
2. Maklumat yang diperoleh
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
3. Apa yang akan berlaku jika Saya membuat pautan kepada Laman Web yang lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web yang lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Laman Web Rasmi JKNPP dan anda hendaklah sedar bahawa laman web yang terdapat dalam pautan laman web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web.
4. Perubahan kepada polisi ini
Jika terdapat perubahan dasar privasi dalam apa jua cara, ia akan dikemas kini di halaman ini. Sila layari laman ini bagi membolehkan maklumat anda dikemas kini dengan data yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu. Jika ada, maklumat itu dikongsikan dengan pihak lain.
Polisi Keselamatan
1. Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
2. Keselamatan Storan
Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.