>
Penang2030wBG
FAQ
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Maklum Balas
Maklum Balas
Peta Laman
Peta Laman

Piagam Pelanggan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang.

Alhamdullillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung ke Portal Rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa portal yang sentiasa berusaha untuk menambah baik portal ini dengan maklumat dan peristiwa terkini.

Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, portal ini adalah gerbang informasi kepada pengunjung bagi mendapatkan pelbagai maklumat terkini berkaitan pengurusan korporat, pekeliling dan arahan operasi kewangan, urusan perolehan Kerajaan, penerbitan dokumen rasmi dan lain-lain maklumat berkaitan Jabatan Kewangan Negeri.

Para pengunjung juga boleh berkomunikasi menerusi portal ini sebagai platform rasmi untuk memberikan maklum balas dan aduan pengguna. Pelbagai program dan hal ehwal semasa kewangan akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk paparan dan rujukan Jabatan/Agensi Kerajaan serta orang awam.

Dengan adanya portal ini sebagai salah satu medium komunikasi di antara Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dengan Jabatan-jabatan Negeri, ianya diharap dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta penyampaian Kerajaan Negeri.

Bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang, cadangan dan pandangan ikhlas yang membina daripada pengunjung adalah amat dialu-alukan. Semoga maklum balas dan pandangan tersebut dapat membantu Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang melaksanakan penambahbaikan yang berterusan dan relevan dengan keperluan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan yang cekap, telus dan cepat.

Selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang.

 

Sekian, terima kasih.
Y.B Pegawai Kewangan Negeri

 

 

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

 

 

Muat turun borang, notis dan panduan :

1. 

Borang Permohonan Lesen Eksais

Date-40Rabu, 15 Ogos 2018 08:07
File Size-40 78.63 KB
Download-40 3,455

2. 

Borang permohonan Lanjutan Masa Membuka Bar

Date-357Khamis, 29 September 2022 08:38
File Size-357 41.07 KB
Download-357 148

3. 

Peraturan Asas Lesen Eksais

Date-358Khamis, 29 September 2022 08:40
File Size-358 9.58 KB
Download-358 213

4. 

Senarai Semak Permohonan Lesen Eksais

Date-359Khamis, 29 September 2022 08:40
File Size-359 58.39 KB
Download-359 264


Permohonan Lesen Liquor

Cara Memohon (Sila kemukakan dokumen berikut)

1. Permohonan Baru Lesen Liquor 

  1. Borang Eksais 27 (5 Salinan)
  2. Dua (2) salinan dokumen syarikat
    1. Memorandum And Articles, Form 49 & 24 - bagi syarikat Sendirian Berhad
    2. Sijil Pendaftaran Perniagaan SSM bagi - syarikat biasa.
  3. Kad Pengenalan pemohon (3 salinan)
  4. Gambar pemohon berukuran paspot (1 salinan)
  5. Pelan lokasi (1 salinan)

2. Permohonan Pembaharuan Lesen Liquor 

  1. Borang Eksais 27 (1 Salinan)
  2. Lesen sedia ada (1 salinan)

3. Permohonan Tukar Milik Pemegang Lesen Liquor 

  1. Borang Eksais 27 (5 salinan)
  2. Lesen sedia ada (1 salinan)
  3. Kad Pengenalan (3 salinan)

4. Permohonan Tukar Nama Premis / Tukar Kelas Lesen Liquor

  1. Borang Eksais 27 (5 salinan)
  2. Lesen sedia ada (1 salinan)
  3. Sijil Pendaftaraan Perniagaan SSM (2 salinan)

5. Permohonan Tukar Alamat Lesen Liquor

  1. Borang Eksais 27 (5 salinan)
  2. Lesen sedia ada (1 salinan)
  3. Sijil Pendaftaraan Perniagaan SSM (2 salinan)

7. Lanjutan Masa Membuka Bar

  1. Borang Lanjut Masa Membuka Bar (2 salinan bagi setiap satu bulan)

8. Permohonan Lesen Sementara Lesen Liquor

  1. Surat mengenai maklumat syarikat dan tempoh lesen ingin diperbaharui (bagi lesen liquor Rumah Awam Kelas 1,2,3, Rumah Bir 1 & 2 sahaja)

 

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Pengerusi

Lembaga Perlesenan Eksais (Negeri)Pulau Pinang

Bahagian Pelesenan,Jabatan Kewangan Negeri

Tingkat 23,Komtar

10900 Pulau Pinang.

 

Proses Permohonan Lesen Minuman Keras

1. Permohonan yang lengkap diisi akan dirujuk untuk ulasan dan sokongan daripada :-

Majlis Perbandaran Pulau Pinang /Seberang Perai

Jabatan Polis DiRaja Malaysia

Jabatan Kastam Diraja Malaysia; dan

Jabatan Bomba

2. Setelah mendapat ulasan dari jabatan-jabatan berkenaan di atas, permohonan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pelesenan (Eksais) Negeri Pulau Pinang.

3. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon dikehendaki mengiklan permohonan di dalam dua jenis surat khabar dan kemukakan sesalinan potongan asal iklan bagi setiap iklan tersebut ke pejabat ini.

4. Surat kelulusan akan dikeluarkan bagi pemohon membuat bayaran dan mendapatkan lesen di pejabat MBPP / MPSP.

JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

04-2623505

04-2630725

kewangannegeri[at]penang[dot]gov[dot]my

© Hakcipta Terpelihara 2023 Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Pelawat Bulan Ini: 632 | Capaian Pelawat Keseluruhan: 50028

  • Tarikh Kemaskini: 07.02.2023

Search