Perutusan YB Pegawai Kewangan Negeri
- Organisasi
- Jumlah paparan: 2944
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
Alhamdullillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung ke Portal Rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa portal yang sentiasa berusaha untuk menambah baik portal ini dengan maklumat dan peristiwa terkini.
Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, portal ini adalah gerbang informasi kepada pengunjung bagi mendapatkan pelbagai maklumat terkini berkaitan pengurusan korporat, pekeliling dan arahan operasi kewangan, urusan perolehan Kerajaan, penerbitan dokumen rasmi dan lain-lain maklumat berkaitan Jabatan Kewangan Negeri.
Para pengunjung juga boleh berkomunikasi menerusi portal ini sebagai platform rasmi untuk memberikan maklum balas dan aduan pengguna. Pelbagai program dan hal ehwal semasa kewangan akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk paparan dan rujukan Jabatan/Agensi Kerajaan serta orang awam.
Dengan adanya portal ini sebagai salah satu medium komunikasi di antara Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dengan Jabatan-jabatan Negeri, ianya diharap dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta penyampaian Kerajaan Negeri.
Bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang, cadangan dan pandangan ikhlas yang membina daripada pengunjung adalah amat dialu-alukan. Semoga maklum balas dan pandangan tersebut dapat membantu Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang melaksanakan penambahbaikan yang berterusan dan relevan dengan keperluan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan yang cekap, telus dan cepat.
Selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.
Y.B Pegawai Kewangan Negeri