Cukai Hiburan
- Bantuan Dan Informasi
- Jumlah paparan: 2079
- PROSES PERMOHONAN LESEN HIBURAN BERTIKET
- PROSES PERMOHONAN LESEN HIBURAN BIASA
- BAYARAN BALIK DEPOSIT & BAKI DEPOSIT
Borang A
[Dapatkan di MBPP / MPSP]
>>
Unit Duti Hiburan Pulau Pinang
[Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]
>>
Mengisi borang permohonan pengecualian
menggunakan setem dan membayar dengan
cara penyata-penyata yang diperakui.
[Kew190 – Pin1/86]
>>
Mendaftar semua tiket yang akan digunakan
[Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]
>>
Membayar deposit duti hiburan
[berdasarkan pertunjukan]
>>
Surat tiada halangan ke atas permohonan
dikeluarkan
[Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]
>>
Permit hiburan dikeluarkan
[MBSP/MPPP]
* Baki deposit dikembalikan jika terdapat tiket yang tidak dijual
Borang A
[Dapatkan di MPPP / MPSP]
>>
Unit Duti Hiburan Pulau Pinang
[Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]
>>
Surat dikeluarkan untuk bayaran deposit
[Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]
>>
Bayaran deposit dijelaskan
[Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]
>>
Surat perakuan dari Unit Duti Hiburan Negeri
tiada halangan dikeluarkan
[Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]
>>
Lesen Hiburan dikeluarkan
[selepas mesyuarat jawatankuasa lesen
hiburan negeri]
>>
Setiap 6 bulan menjelaskan bayaran pukal duti
hiburan sebagaimana notis arahan dikeluarkan
[Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]
* Deposit dikenakan sebagai gantian jika tidak menjelaskan bayaran pukal duti hiburan
* Bayaran pukal dikeluarkan setiap 6 bulan, Januari – Jun dan Julai - Disember
Bayaran balik deposit duti hiburan dan baki deposit pertunjukan bertiket akan dibuat setelah pihak penganjur atau pun operator menyediakan senarai semak di bawah.
- Resit asal bayaran deposit
- Sesalinan borang A
- Sesalinan akaun bank
- Resit sumbangan [ bagi permohonan pengecualian cukai ]
- Penyata jualan tiket [ bagi permohonan pengecualian cukai dan pertunjukan bertiket ]
- Baki tiket [ bagi permohonan pengecualian cukai dan pertunjukan bertiket ]
- Penyata pendapatan dan perbelanjaan [ bagi permohonan pengecualian cukai dan pertunjukan bertiket ]
- Borang pengecualian cukai
- Akaun Pesuruhjaya Sumpah [ kes kehilangan resit asal ]
- Lain-lain perkara yang diminta [ jika perlu ]
Proses bayaran balik hanya mengambil masa 7 hari bekerja dengan syarat senarai semak di atas dipenuhi dan lengkap. Tuntutan bayaran deposit ini mestilah dilakukan selepas 14 hari tamat pertunjukan atau pun premis hiburan ditutup.