Kunjungan Hormat Konsulat Jenderal Republik Indonesia

TARIKH : 11 April 2022
Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad Farazi Bin Johari Menerima Kunjungan Hormat Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Pulau Pinang.
Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang,  YB Dato’ Dr. Mohamad Farazi Bin Johari  menerima kunjungan hormat daripada Bapak Kiki Tjahjo Kusprabowo (Konsul Ekonomi I), Bapak Aryadi Ramadhan (Konsul Ekonomi II), Ibu Eva Maduna (Staf Ekonomi), dan Ibu Fitri Nurmalasari (Staf Sosial Budaya). Pegawai daripada Jabatan Kewangan Negeri yang turut menyertai perbincangan ini ialah Puan Zahidah binti Abd Jalil (Timbalan Pegawai Kewangan Negeri), Puan Ilyani Farha binti Mohammad (Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri - Pelaburan) dan Puan Nurul Nabilah binti Mazlan (Penolong Pegawai Kewangan Negeri  - Hasil).
Kunjungan daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) adalah bagi membincangkan berkenaan hala tuju dan kerjasama yang telah berjalan baik antara KJRI dan Unit tapak Pesta & Ekspo, Jabatan Kewangan Negeri berkaitan penganjuran Pesta Pulau Pinang.
Pertemuan yang diadakan secara santai ini turut berkongsi pandangan berkaitan peluang usahasama yang dapat dijalankan pada masa hadapan untuk meningkatkan lagi  kerjasama ekonomi dan perdagangan, mempromosikan seni dan budaya, serta mengukuhkan lagi integrasi antara rakyat dan kerajaan bagi kedua-dua buah negara.
IMG 20220411 100319JKN 4531
JKN 4533JKN 4542
JKN 4584JKN 4590

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 23 May 2022.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2022

.hdn-splw{ display:none; }