
KURSUS MENGURANGKAN TUNGGAKAN HASIL DAN PEMANTAPAN KUTIPAN SERTA CADANGAN HASIL BAHARU NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022
TARIKH KURSUS : 25 HINGGA 26 MAC 2022 (SABTU HINGGA AHAD)
TEMPAT : HOTEL LIGHT, SEBERANG JAYA, PULAU PINANG
TUJUAN KURSUS :
1) Kursus Mengurangkan Tunggakan Hasil dan Pemantapan Kutipan hasil Serta cadangan Hasil Baharu Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 adalah bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan tanggungjawab setiap Jabatan Negeri untuk membantu mengurangkan tunggakan hasil di samping membuat perancangan awal dan menyediakan satu pelan strategik bagi mengurangkan tunggakan hasil Negeri Pulau Pinang dan menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai satu negeri yang berjaya mengurangkan tunggakan dan berdaya saing.
2) Kursus ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada setiap Jabatan Negeri dalam memperbaiki dan menambah baik perancangan untuk membantu mengurangkan tunggakan hasil negeri.
3) Kursus ini melibatkan Jabatan Negeri seperti senarai berikut:
i. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang
ii. Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut
iii. Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya
iv. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara
v. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
vi. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan
vii. Bahagian Khidmat Pengurusan, PSUKPP
viii. Unit Perbadanan Ketua Menteri (CMI), PSUKPP
ix. Jabatan Taman Botani
4) Kursus ini akan dihadiri oleh Pengarah, Pegawai Daerah, Penolong Pengarah/Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Akauantan/Penolong Pegawai Tadbir yang terlibat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengurangkan Tunggakan Hasil Negeri Pulau Pinang. Jumlah keseluruhan adalah seramai 37 orang.
OBJEKTIF KURSUS
Objektif kursus adalah seperti berikut:
⦁ Mewujudkan penyelarasan semasa di antara Jabatan Negeri;
⦁ Memenuhi keperluan semasa dan akan datang;
⦁ Meningkatkan pemahaman, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman setiap Jabatan Negeri yang berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri;
⦁ Memberi ruang dan peluang kepada Jabatan Negeri untuk berkongsi pengalaman sesama sendiri dalam memantapkan lagi usaha untuk mengurangkan tunggakan hasil; dan
⦁ Memberi pendedahan tentang kepentingan setiap Jabatan Negeri melaksanakan tanggungjawab membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengurangkan tunggakan hasil dan seterusnya meningkatkan hasil Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
⦁ Mencadangkan kaedah hasil baharu Negeri Pulau Pinang.
IMPAK POSITIF DARIPADA KURSUS / (OUTPUT KURSUS)
⦁ Pembuat Dasar
Pelan strategik daripada kursus ini akan membantu pembuat dasar dalam merangka dasar-dasar bagi Negeri Pulau Pinang.
⦁ Pengutip Hasil
Dasar yang jelas dapat membantu pengutip hasil mengetahui tindakan yang perlu dilakukan oleh mereka untuk membantu meningkatkan hasil dan keberkesanan kerja mereka.
⦁ Menjana Idea
Kursus ini adalah sebagai platform untuk menjana idea daripada semua peserta.
⦁ Mengetahui Masalah
Kursus ini berfungsi sebagai platform untuk pengutip-pengutip hasil berkongsi isu-isu yang dihadapi dan bersama-sama membincangkan tindakan penyelesaian.
⦁ Motivasi
Apabila mengetahui pandangan mereka diambil kira, motivasi pengutip-pengutip hasil akan meningkat dan mereka akan lebih bersemangat bekerja.