• PENYATA KEWANGAN TAHUN 2020

    PENYATA KEWANGAN TAHUN 2020

    PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020

    Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang disediakan setiap tahun oleh Jabatan Kewangan Negeri mengikut kehendak Seksyen 16(1) Akta Prosedur Kewangan

    Continue reading
  • PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2022 KEPADA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

    PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2022 KEPADA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

    PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2022 KEPADA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

    Pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 (BKK) kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri meliputi

    Continue reading
  • Kunjungan Hormat Konsulat Jenderal Republik Indonesia

    Kunjungan Hormat Konsulat Jenderal Republik Indonesia

    TARIKH : 11 April 2022
    Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad Farazi Bin Johari Menerima Kunjungan Hormat Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Pulau Pinang.
    Continue reading
  • KURSUS MENGURANGKAN TUNGGAKAN HASIL DAN PEMANTAPAN KUTIPAN SERTA CADANGAN HASIL BAHARU NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

    KURSUS MENGURANGKAN TUNGGAKAN HASIL DAN PEMANTAPAN KUTIPAN SERTA CADANGAN HASIL BAHARU NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

    TARIKH KURSUS : 25 HINGGA 26 MAC 2022 (SABTU HINGGA AHAD)
    TEMPAT : HOTEL LIGHT, SEBERANG JAYA, PULAU PINANG
    Continue reading

enakmen kebebasan maklumat

Enakmen Kebebasan Maklumat

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi memastikan rakyat Pulau Pinang diberi kebebasan untuk mengakses maklumat melalui saluran yang betul dan tepat. Selaras dengan tujuan tersebut, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 telah diwartakan.

Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Bagi tujuan pelaksanaan Enakmen 16 ini, maka dua (2) undang-undang subsidiari berkaitan Enakmen telah disediakan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Dua (2) subsidiari dimaksudkan adalah seperti berikut :

    1. Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014; dan

    2. Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2014

Mana-mana individu yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, maka permohonan boleh dibuat mengikut ketetapan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen dan juga undang-undang subsidiari berkenaan. Permohonan mendapatkan maklumat atau akses kepada maklumat hendaklah dibuat kepada Pegawai Maklumat di jabatan terbabit.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di talian terus 04- 650 5222 / 5662 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kaunter khas Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) telah dibuka di kaunter tingkat 3, KOMTAR berkuatkuasa pada 12 Januari 2015 dan akan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5 petang. Pegawai perhubungan ditempatkan di kaunter khas tersebut.

Files:

Peraturan-peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014 dan Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Date 2018-11-29
File Size 477.04 KB
Download 3,637

Senarai IO Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Date 2018-11-29
File Size 32.98 KB
Download 3,625

Warta Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Date 2018-11-29
File Size 180 KB
Download 4,003

Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat (Borang A)

Date 2018-11-29
File Size 208.86 KB
Download 3,735

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 23 May 2022.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2022

.hdn-splw{ display:none; }