• PENYATA KEWANGAN TAHUN 2019

    PENYATA KEWANGAN TAHUN 2019

    PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

    Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang disediakan setiap tahun oleh Jabatan Kewangan Negeri mengikut kehendak Seksyen 16(1) Akta Prosedur Kewangan

    Continue reading
  • MANUAL OPERASI PERAKAUAN AKRUAN KERAJAAN NEGERI

    MANUAL OPERASI PERAKAUAN AKRUAN KERAJAAN NEGERI

    MANUAL OPERASI PERAKAUAN AKRUAN KERAJAAN NEGERI

    Manual Operasi ini disediakan sebagai panduan kepada Pejabat Perbendaharaan Negeri, Pejabat Kewangan Negeri, Jabatan dan Pusat Tanggungjawab di bawah Kerajaan Negeri yang menggunapakai Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (iSPEKS) dalam melaksanakan operasi kewangan dalam persekitaran perakaunan akruan.

    Continue reading
  • SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 4 2021

    SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 4 2021

    PERATURAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN BEKALAN KASUT KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan berhubung bekalan dan kadar pakaian seragam serta kemudahan dan kadar bekalan kasut kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    Continue reading
  • NOTIS PEMAKLUMAN OPERASI UNIT DUTI HIBURAN DAN PELESENAN NEGERI

    NOTIS PEMAKLUMAN OPERASI UNIT DUTI HIBURAN DAN PELESENAN NEGERI

    NOTIS PEMAKLUMAN OPERASI UNIT DUTI HIBURAN DAN PELESENAN NEGERI

    Continue reading

Perutusan Y.B Pegawai Kewangan Negeri

Assalamualaikum w.b.t

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dan terima kasih kerana memilih untuk melayari laman web ini.

Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat dan perkembangan ICT, Laman Web JKNPP telah diberi nafas baru seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berasaskan prinsip Kompetensi, Akauntabiliti dan dan Ketelusan (CAT) yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri. Justeru, adalah menjadi harapan Jabatan ini agar laman web ini akan menjadi saluran alternatif informasi secara capaian pantas serta berkesan bagi menepati keperluan pelanggan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan orang ramai.

Seluruh kandungan laman web ini telah diberi rekabentuk baru dan perubahan serta penambahbaikan dari segi kandungan serta peranannya sebagai perantaramuka maya di antara JKNPP dengan pelanggan. Perkhidmatan terkini yang disediakan adalah berdasarkan ciri-ciri ‘personalisation’ dari segi warna dan saiz tulisan, laman yang menyokong versi PDA, kemudahan alih bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa  Melayu, ruangan undian serta Galeri JKNPP dalam menyediakan bahan-bahan informatif mengenai aktiviti, nota-nota persembahan, ucapan bajet, manual pengguna, pengumuman dan berita semasa dalam bentuk audio, video dan imej. Teknologi ini digunakan bagi memperbaiki kualiti dan prestasi penyampaian maklumat Jabatan secara digital melalui laman web, dan juga memberi kelebihan dari segi kandungan yang lebih dinamik, interaktif dan sentiasa berada di hujung jari pengguna dan pengunjung.

Usaha gigih kakitangan dan inisiatif pembangunan Laman Web JKNPP akan terserlah kejayaannya sekiranya menepati objektif asal kewujudan laman web ini, iaitu telah dapat memberi perkhidmatan yang berkesan yang dikehendaki dan ini akan hanya dapat dinilai berdasarkan kepada kekerapan pengguna melayari laman web serta berinteraksi dengan kami. Justeru, saya bagi pihak Jabatan ini mengalu-alukan sebarang cadangan dan sumbangan untuk memaju dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan penyampaian maklumat melalui media elektronik jabatan ini yang mana ianya merupakan tanggungjawab utama perkhidmatan kami. Segala komen membina dan maklumbalas bagi memperbaiki laman web ini amat diharapkan dan dihargai.

Menerusi laman web ini, harapan saya adalah agar segala maklumat didalamnya dimanfaatkan serta digunakan dengan sebaik-baiknya, dan yang paling penting sekali sasaran kami untuk memberikan perkhidmatan yang mantap dan efisyen kepada pengguna akan tercapai jua.



Sekian, terima kasih.
Y.B Pegawai Kewangan Negeri

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 12 October 2021.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2018

.hdn-splw{ display:none; }