28 July 2010
Malam 27 Julai 2010, bertempat di Dewan Budaya , Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, telah berlangsung Festival Nasyid Negeri Pulau Pinang. Festival Nasyid peringkat akhir ini yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah disertai oleh 10 kumpulan daripada 15 kumpulan yang bertanding di peringkat saringan.
Kumpulan Qurratul Ain dari Jabatan Kewangan Negeri telah memenangi tempat kedua dan ini merupakan kejayaan yang penuh bermakna bagi jabatan dan peserta khususnya, seterusnya mengharumkan nama Jabatan Kewangan Negeri. Kumpulan Qurratul Ain diuruskan oleh Puan Jamaliah bt. Harun dan dianggotai oleh Naziah bt. Mohd Ludin, Nur Hafiza bt. Ahmad Zubib, Asneeda bt. Mansor, Shamimi bt. Abdul Halim, Liyana bt. Adnan dan Katijah bt. Tuqiman menyampaikan nasyid yang bertajuk 'Satu Jiwa Satu Harapan' berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah piala dan wang tunai RM2000. Hadiah telah disampaikan oleh TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas diiringi oleh Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Y.B Dato' Farizan Bin Darus.
Seluruh warga kerja JKNPP berbangga dengan pencapaian mereka dan mengucapkan sekalung tahniah diatas kejayaan tersebut.
| Page Hits.
Statistik Transaksi
Perkhidmatan ePerolehan
Julai 2010
Jumlah Kontraktor
Berdaftar
30
Bil.Pengunjung
1,856,959
Bil.Pengiklanan
Sebut harga/Tender
96
Bil.Penawaran
Sebut harga/Tender
66