Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Statistik Transaksi sysP 2021

Tahun 2021 / Bulan Januari Februari Mac April
Jumlah Kontraktor Berdaftar 68 120 93 78
Bil. Pengunjung 799,966 1,115,995 1,304,338 1,250,641
Bil. Pengiklanan Sebut Harga / Tender 65 162 227 160
Bil. Penawaran Sebut Harga / Tender 12 0 82 101

Tahun 2021 / Bulan Mei Jun Julai Ogos
Jumlah Kontraktor Berdaftar  56 63 64 96
Bil. Pengunjung 1,399,577 2,279,751 1,509,983 1,359,606
Bil. Pengiklanan Sebut Harga / Tender 146 153 97 112
Bil. Penawaran Sebut Harga / Tender 78 115 164 76

Tahun 2021 / Bulan September Oktober November Disember
Jumlah Kontraktor Berdaftar  
Bil. Pengunjung
Bil. Pengiklanan Sebut Harga / Tender
Bil. Penawaran Sebut Harga / Tender



Cetak Emel

Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (DKICT) Negeri Pulau Pinang Versi 2.0

Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bil. 11 Tahun 2016 - Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (DKICT) Negeri Pulau Pinang Versi 2.0 telah dikeluarkan untuk rujukan dan tindakan setiap kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang .

Kerjasama semua penjawat awam Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mematuhi dasar tersebut supaya pengurusan keselamatan ICT berjalan dengan lancar. Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling ini, maka Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Bil.1 Tahun 2009 - Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri Pulau Pinang adalah dibatalkan.

Muat turun

  1. Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bil. 11 Tahun 2016
  2. Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (DKICT) Negeri Pulau Pinang Versi 2.0

Cetak Emel

Data Terbuka

crest  DATA TERBUKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG  MALAYSIA  DATA TERBUKA SEKTOR AWAM 
officedatabase 104402 officedatabase 104402


SENARAI DATA TERBUKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

 1. STATISTIK PEMBELIAN BAHAN PERPUSTAKAAN NEGERI PULAU PINANG
 2.

SENARAI KAUNTER BAYARAN SETEMPAT MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

 3.

SENARAI KAWASAN BANJIR PULAU PINANG 

 4.

WAKTU SOLAT DI PULAU PINANG 

 5.

PECAHAN BILANGAN PINDAH MILIK HARTA KEDIAMAN MENGIKUT JENIS DAN DAERAH (RM JUTA) DI PULAU PINANG 

 Layari http://www.data.gov.my/ bagi Data Terbuka Sektor Awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk senarai penuh set data

 

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

1. Penggunaan data di bawah terma ini
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
(i) Salin, terbit, edar dan pindah data;

(ii) Adaptasi data;

(iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan

(iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
(i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;

(ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan

(iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:
"Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "

4. PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
(i) Data peribadi;

(ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;

(iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;

(iv) Lambang diraja dan lambang tentera;

(v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;

(vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan

(vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5. TIADA JAMINAN
(i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6. UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Tarikh Pindaan: 30 SEPTEMBER 2015

Cetak Emel

Penafian Bahasa

PENAFIAN:
Isi kandungan yang dipaparkan selepas memilih bahasa yang lain di bawah ini diterjemahkan secara automatik oleh mesin terjemahan Google . Ada kemungkinan isi kandungan yang tidak diterjemah dengan betul. Untuk mendapatkan kandungan asal sila pilih Bahasa Melayu atau English dari link asal yang terdapat di laman web ini.

Pilih bahasa pilihan anda:

  1. Arabic
  2. Chinese Simplified
  3. French
  4. Japanese
  5. Korean

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 12 October 2021.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2018

.hdn-splw{ display:none; }