• MANUAL OPERASI PERAKAUAN AKRUAN KERAJAAN NEGERI

    MANUAL OPERASI PERAKAUAN AKRUAN KERAJAAN NEGERI

    MANUAL OPERASI PERAKAUAN AKRUAN KERAJAAN NEGERI

    Manual Operasi ini disediakan sebagai panduan kepada Pejabat Perbendaharaan Negeri, Pejabat Kewangan Negeri, Jabatan dan Pusat Tanggungjawab di bawah Kerajaan Negeri yang menggunapakai Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (iSPEKS) dalam melaksanakan operasi kewangan dalam persekitaran perakaunan akruan.

    Continue reading
  • SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 4 2021

    SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 4 2021

    PERATURAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN BEKALAN KASUT KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan berhubung bekalan dan kadar pakaian seragam serta kemudahan dan kadar bekalan kasut kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    Continue reading
  • NOTIS PEMAKLUMAN OPERASI UNIT DUTI HIBURAN DAN PELESENAN NEGERI

    NOTIS PEMAKLUMAN OPERASI UNIT DUTI HIBURAN DAN PELESENAN NEGERI

    NOTIS PEMAKLUMAN OPERASI UNIT DUTI HIBURAN DAN PELESENAN NEGERI

    Continue reading
  • SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 3 2021

    SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 3 2021

    GARIS PANDUAN BAGI PENYEDIAAN GARIS PANDUAN BAGI PENYEDIAAN CADANGAN BAJET TAHUN 2022

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pegawai Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pegawai Pengawal di Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang dalam penyediaan cadangan Bajet bagi tahun 2022 yang meliputi Anggaran Perbelanjaan Mengurus, Pembangunan dan Hasil bagi jabatan/agensi masing-masing.

    Continue reading

MS ISO 9001 2015

DASAR KUALITI

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang komited dalam mengurus dan mengawal sumber kewangan negeri secara cekap, berakauntabiliti dan telus bagi memastikan kedudukan kewangan yang kukuh demi pembangunan negeri yang mampan. Kepuasan pelanggan sentiasa ditingkatkan berdasarkan pematuhan kepada keperluan peraturan berkaitan dan penambahbaikan berterusan Sistem Pengurusan Kualiti ”.

Sijil SIRIMQAS

Sijil IQNET

Cetak Emel

Tapak Pesta dan Tapak Ekspo

TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG

Files:

Permohonan Penyewaan Tapak Pesta Sungai Nibong

Date 2018-07-06
File Size 55.37 KB
Download 1,317

Kadar Sewa Tapak Pesta Sungai Nibong

Date 2018-07-06
File Size 180.31 KB
Download 2,056

Pelan Tapak Pesta Sungai Nibung

Date 2018-07-06
File Size 27.26 KB
Download 1,031


TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG

Permohonan Penyewaan Tapak Ekspo Seberang Jaya

Date 2018-07-06
File Size 61.41 KB
Download 1,221

Kadar Sewa Tapak Ekspo Seberang Jaya
Date 2018-07-06
File Size 139.47 KB
Download 2,128

Pelan Tapak Ekspo Seberang Jaya

Date 2018-07-06
File Size 242.95 KB
Download 955


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi :-
UNIT TAPAK PESTA DAN EKSPO
JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG
TAPAK PESTA, JALAN SULTAN AZLAN SHAH,
11700 SUNGAI NIBONG,
PULAU PINANG

TEL : 04-658 5202 / 659 3895     FAKSIMILI : 04-659 3896
Emel : zaidi[at]penang.gov.my

BAHAGIAN OPERASI TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG

TEL : 04-658 5202 FAKS : 04-659 3896

BAHAGIAN OPERASI TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA

TEL : 04-399 5797 FAKS : 04-659 3896

Cetak Emel

Piagam Pelanggan

  1. Menyediakan Buku Belanjawan Negeri yang kemas, tepat dan jumlah naskah yang mencukupi, 14 hari sebelum tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri.

  2. Memproses permohonan pindah peruntukan dan memberi jawapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.

  3. Memproses bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh baucar bayaran diterima dengan syarat ianya lengkap dan teratur.

  4. Memastikan gaji kakitangan Kerajaan Negeri dibayar mengikut jadual yang ditetapkan.

  5. Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri  yang lengkap dan teratur sebelum 31 Mei.

  6. Memproses permohonan pendahuluan diri dan memberi jawapan dalam temnpoh 5 hari dari tarikh permohonan diterima dengan syarat ianya lengkap dan teratur.

  7. Memastikan permohonan pinjaman kederaan dan komputer dipertimbangkan dan memberi jawapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.

  8. Memastikan jawapan kepada permohonan pengecualian Duti Hiburan diberi dalam tempoh 6 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

  9. Mempertimbangkan permohonan tawaran perolehan secara rundingan terus, terpilih atau terhad dan perlantikan perunding dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.

  10. Memproses permohonan pelupusan/hapus kira yang lengkap dan sempurna dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan diterima.

  11. Memberi ulasan kepada kertas-kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam masa 5 hari bekerja.

  12. Memperakukan penerimaan surat menyurat/permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja dan memberi jawapan/keputusan dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh maklumat lengkap dan keputusan diperoleh.

  13. Memberi layanan dan khidmat nasihat yang jujur, adil dan mesra kepada semua pelanggan.

Cetak Emel

Perutusan Y.B Pegawai Kewangan Negeri

Assalamualaikum w.b.t

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dan terima kasih kerana memilih untuk melayari laman web ini.

Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat dan perkembangan ICT, Laman Web JKNPP telah diberi nafas baru seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berasaskan prinsip Kompetensi, Akauntabiliti dan dan Ketelusan (CAT) yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri. Justeru, adalah menjadi harapan Jabatan ini agar laman web ini akan menjadi saluran alternatif informasi secara capaian pantas serta berkesan bagi menepati keperluan pelanggan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan orang ramai.

Seluruh kandungan laman web ini telah diberi rekabentuk baru dan perubahan serta penambahbaikan dari segi kandungan serta peranannya sebagai perantaramuka maya di antara JKNPP dengan pelanggan. Perkhidmatan terkini yang disediakan adalah berdasarkan ciri-ciri ‘personalisation’ dari segi warna dan saiz tulisan, laman yang menyokong versi PDA, kemudahan alih bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa  Melayu, ruangan undian serta Galeri JKNPP dalam menyediakan bahan-bahan informatif mengenai aktiviti, nota-nota persembahan, ucapan bajet, manual pengguna, pengumuman dan berita semasa dalam bentuk audio, video dan imej. Teknologi ini digunakan bagi memperbaiki kualiti dan prestasi penyampaian maklumat Jabatan secara digital melalui laman web, dan juga memberi kelebihan dari segi kandungan yang lebih dinamik, interaktif dan sentiasa berada di hujung jari pengguna dan pengunjung.

Usaha gigih kakitangan dan inisiatif pembangunan Laman Web JKNPP akan terserlah kejayaannya sekiranya menepati objektif asal kewujudan laman web ini, iaitu telah dapat memberi perkhidmatan yang berkesan yang dikehendaki dan ini akan hanya dapat dinilai berdasarkan kepada kekerapan pengguna melayari laman web serta berinteraksi dengan kami. Justeru, saya bagi pihak Jabatan ini mengalu-alukan sebarang cadangan dan sumbangan untuk memaju dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan penyampaian maklumat melalui media elektronik jabatan ini yang mana ianya merupakan tanggungjawab utama perkhidmatan kami. Segala komen membina dan maklumbalas bagi memperbaiki laman web ini amat diharapkan dan dihargai.

Menerusi laman web ini, harapan saya adalah agar segala maklumat didalamnya dimanfaatkan serta digunakan dengan sebaik-baiknya, dan yang paling penting sekali sasaran kami untuk memberikan perkhidmatan yang mantap dan efisyen kepada pengguna akan tercapai jua.



Sekian, terima kasih.
Y.B Pegawai Kewangan Negeri

Cetak Emel

Lebih banyak artikel..

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 13 September 2021.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2018