Ditulis pada .

Muat turun borang, notis dan panduan :

1. Borang permohonan Lesen Menjual Minuman Keras.

2. Borang permohonan Lanjutan Masa Membuka Bar.


Permohonan Lesen Liquor

Cara Memohon (Sila kemukakan dokumen berikut)

1. Permohonan Baru Lesen Liquor 

  1. Borang Eksais 27 (5 Salinan)
  2. Dua (2) salinan dokumen syarikat
    1. Memorandum And Articles, Form 49 & 24 - bagi syarikat Sendirian Berhad
    2. Sijil Pendaftaran Perniagaan SSM bagi - syarikat biasa.
  3. Kad Pengenalan pemohon (3 salinan)
  4. Gambar pemohon berukuran paspot (1 salinan)
  5. Pelan lokasi (1 salinan)

2. Permohonan Pembaharuan Lesen Liquor 

  1. Borang Eksais 27 (1 Salinan)
  2. Lesen sedia ada (1 salinan)

3. Permohonan Tukar Milik Pemegang Lesen Liquor 

  1. Borang Eksais 27 (5 salinan)
  2. Lesen sedia ada (1 salinan)
  3. Kad Pengenalan (3 salinan)

4. Permohonan Tukar Nama Premis / Tukar Kelas Lesen Liquor

  1. Borang Eksais 27 (5 salinan)
  2. Lesen sedia ada (1 salinan)
  3. Sijil Pendaftaraan Perniagaan SSM (2 salinan)

5. Permohonan Tukar Alamat Lesen Liquor

  1. Borang Eksais 27 (5 salinan)
  2. Lesen sedia ada (1 salinan)
  3. Sijil Pendaftaraan Perniagaan SSM (2 salinan)

7. Lanjutan Masa Membuka Bar

  1. Borang Lanjut Masa Membuka Bar (2 salinan bagi setiap satu bulan)

8. Permohonan Lesen Sementara Lesen Liquor

  1. Surat mengenai maklumat syarikat dan tempoh lesen ingin diperbaharui (bagi lesen liquor Rumah Awam Kelas 1,2,3, Rumah Bir 1 & 2 sahaja)

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Pengerusi

Lembaga Perlesenan Eksais (Negeri)Pulau Pinang

Bahagian Pelesenan,Jabatan Kewangan Negeri

Tingkat 23,Komtar

10900 Pulau Pinang.

Proses Permohonan Lesen Minuman Keras

1. Permohonan yang lengkap diisi akan dirujuk untuk ulasan dan sokongan daripada :-

Majlis Perbandaran Pulau Pinang /Seberang Perai

Jabatan Polis DiRaja Malaysia

Jabatan Kastam Diraja Malaysia; dan

Jabatan Bomba

2. Setelah mendapat ulasan dari jabatan-jabatan berkenaan di atas, permohonan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pelesenan (Eksais) Negeri Pulau Pinang.

3. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon dikehendaki mengiklan permohonan di dalam dua jenis surat khabar dan kemukakan sesalinan potongan asal iklan bagi setiap iklan tersebut ke pejabat ini.

4. Surat kelulusan akan dikeluarkan bagi pemohon membuat bayaran dan mendapatkan lesen di pejabat MBPP / MPSP.

Cetak