Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:
- Surat permohonan jabatan
- Sijil Akuan Keluar Rumah
- Salinan penyata gaji
- Penyata peubahan Mengenai Pendapatan Seorang Pegawai (Kew.8-Pin.8/93
- Salinan Laporan G029 (maklumat pemotongan kuarters)
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan penyata/ buku bank.
**Kesemua dokumen di atas perlu disahkan
Maklumat tuntutan bayaran balik perlu dilengkapkan seperti mana panduan yang ditetapkan bagi tujuan penyeragaman dan penyelarasan supaya tidak berbangkit pertanyaan (quiry) dalam mempertimbangkan permohonan bayaran balik tersebut dan dokumen / lampiran yang perlu dikemukakan adalah:
- Surat permohonan jabatan
- Nama pemilik tanah dan salinan geran terkini
- Jumlah cukai sepatut bayar
- Isu berkaitan bayaran balik cukai tanah; dan
- Senarai lampiran bukti bayaran balik cukai tanah adalah seperti berikut:
a) Resit asal bayaran balik/ Akuan Bersumpah;
b) Salinan Penyata Pemungut yang telah disahkan;
c) Salinan akaun bank yang telah disahkan untuk tujuan pembayaran melalui EFT;
d) Surat permohonan asal daripada pemohon;
e) Salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan;
f) Jadual pengiraan bayaran balik cukai tanah (jika ada) yang telah disahkan;
g) Bukti bayaran lain jika nama pemohon tiada dalam resit dan geran tanah; dan
h) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
Terdapat tiga (3) kategori ABT iaitu:
a) Tunggakan Hasil
Tunggakan hasil adala hasil atau pendapatan yang berpunca dari hasil cukai, hasil bukan cukai dan pelbagai terimaan yang sepatutnya telah diterima tetapi belum diterima oleh Kerajaan. Penjelasan lanjut mengenai butiran-butiran hasil adalah seperti dinyatakan dalam Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Tahunan Persekutuan)
b) Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman
Tunggakan ini merangkumi bayaran balik pinjaman yang matang tetapi belum diterima seperti dari Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Koperasi, Syarikat dan individu (contoh: pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer).
c) Tunggakan Hutang-Hutang Lain
Tunggakan hutang-hutang lain merangkumi:
- Semua pendahuluan diri dan pelbagai kepada pegawai awam;
- Tuntutan dan denda ke atas pihak ketiga; dan
- Tuntutan-tuntutan terhadap pegawai Kerajaan seperti kehilangan wang tunai atau perbezaan pungutan wang tunai yang akan diperolehi daripada pegawai yang bertanggungjawab dan hukuman surcaj yang sepatutnya telah dipungut oleh Kerajaan.
d) Kekerapan Pelaporan Akaun Belum Terima
Semua Laporan ABT pada 30 Jun hendaklah dikemukakan kepada Akauntan Negara Malaysia/ selewat-lewatnya pada 31 Ogos tahun semasa. Manakala Laporan Akaun Belum Terima pada 31 Disember hendaklah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan selewat-lewatnya pada 31 Januari tahun berikutnya.