• Taklimat Pengenalan iSPEKS Pulau Pinang

    Taklimat Pengenalan iSPEKS Pulau Pinang

    Taklimat Pengenalan iSPEKS Pulau Pinang

    Continue reading
  • Taklimat Penutupan Akaun Tahun 2019

    Taklimat Penutupan Akaun Tahun 2019

    Penutupan Akaun Tahun Kewangan 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

    Tarikh : 15 November 2019 (Jumaat)
    Masa  : 9.00 Pagi Sehingga 12.30 Tengah Hari
    Tempat : Auditorium C, Aras 5, KOMTAR

    Continue reading

CUKAI HIBURAN

  • DUTI HIBURAN

    DUTI HIBURAN

    Duti hiburan dikenakan apabila pemohon atau pun operator mengenakan bayaran masuk ke sesuatu tempat hiburan atau pun apa-apa bayaran yang dikenakan untuk menyaksikan sesuatu hiburan yang mana hiburan tersebut adalah persembahan hiburan bukan dari persembahan amatur.

    PENGECUALIAN DUTI HIBURAN

    Adalah dengan ini pengecualian duti hiburan boleh diberi atas kuasa berdasarkan kepada warta kerajaan atau pun pihak berkuasa negeri yang mana pihak penganjur atau pun operator telah memohon pengecualian terlebih dahulu.

    BAYARAN DUTI

    Bagi pertunjukan pentas bagi artis tempatan dan luar negara yang tidak diperakukan, duti yang dikenakan - 5%

    Bagi pertunjukan pentas bagi artis luar negara yang diperakukan, duti yang dikenakan - 0%

    Bagi pertunjukan hiburan biasa, duti yang dikenakan - 12.5%

    Bagi pertunjukan panggung wayang, duti yang dikenakan - 25%

    *Duti dikenakan berdasarkan kepada jenis hiburan yang diadakan.

  • PROSES PERMOHONAN LESEN HIBURAN BERTIKET

    Borang A

    [Dapatkan di MBPP / MPSP]

    >>

    Unit Duti Hiburan Pulau Pinang
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Mengisi borang permohonan pengecualian
    menggunakan setem dan membayar dengan
    cara penyata-penyata yang diperakui.
    [Kew190 – Pin1/86]

    >>

    Mendaftar semua tiket yang akan digunakan
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Membayar deposit duti hiburan
    [berdasarkan pertunjukan]

    >>

    Surat tiada halangan ke atas permohonan
    dikeluarkan
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Permit hiburan dikeluarkan
    [MBSP/MPPP]
    * Baki deposit dikembalikan jika terdapat tiket yang tidak dijual

  • PROSES PERMOHONAN LESEN HIBURAN BIASA

    Borang A
    [Dapatkan di MPPP / MPSP]

    >>

    Unit Duti Hiburan Pulau Pinang
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Surat dikeluarkan untuk bayaran deposit
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Bayaran deposit dijelaskan
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Surat perakuan dari Unit Duti Hiburan Negeri
    tiada halangan dikeluarkan
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Lesen Hiburan dikeluarkan
    [selepas mesyuarat jawatankuasa lesen
    hiburan negeri]

    >>

    Setiap 6 bulan menjelaskan bayaran pukal duti
    hiburan sebagaimana notis arahan dikeluarkan
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    * Deposit dikenakan sebagai gantian jika tidak menjelaskan bayaran pukal duti hiburan

    * Bayaran pukal dikeluarkan setiap 6 bulan, Januari – Jun dan Julai - Disember

  • BAYARAN BALIK DEPOSIT & BAKI DEPOSIT

    Bayaran balik deposit duti hiburan dan baki deposit pertunjukan bertiket akan dibuat setelah pihak penganjur atau pun operator menyediakan senarai semak di bawah.

    1. Resit asal bayaran deposit
    2. Sesalinan borang A
    3. Sesalinan akaun bank
    4. Resit sumbangan [ bagi permohonan pengecualian cukai ]
    5. Penyata jualan tiket [ bagi permohonan pengecualian cukai dan pertunjukan bertiket ]
    6. Baki tiket [ bagi permohonan pengecualian cukai dan pertunjukan bertiket ]
    7. Penyata pendapatan dan perbelanjaan [ bagi permohonan pengecualian cukai dan pertunjukan bertiket ]
    8. Borang pengecualian cukai
    9. Akaun Pesuruhjaya Sumpah [ kes kehilangan resit asal ]
    10. Lain-lain perkara yang diminta [ jika perlu ]

    Proses bayaran balik hanya mengambil masa 7 hari bekerja dengan syarat senarai semak di atas dipenuhi dan lengkap. Tuntutan bayaran deposit ini mestilah dilakukan selepas 14 hari tamat pertunjukan atau pun premis hiburan ditutup.

Print Email