• PROSES SEBUT HARGA LOT PERNIAGAAN PESTA PULAU PINANG 2019

    PROSES SEBUT HARGA LOT PERNIAGAAN PESTA PULAU PINANG 2019

    Permohonan penyertaan Lot Perniagaan Pesta Pulau Pinang 2019 telah dibuka. Mohon rujuk demografik yang berikut bagi proses Sebut Harga lot perniagaan Pesta Pulau Pinang 2019. Sebut Harga dibuka di atas talian dan dibuka kepada semua pengguna Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) yang berkelayakan.

    Continue reading
  • PROSES CABUTAN UNDI GERAI PESTA PULAU PINANG 2019

    PROSES CABUTAN UNDI GERAI PESTA PULAU PINANG 2019

    Permohonan penyertaan Gerai Pesta Pulau Pinang 2019 telah dibuka. Mohon rujuk demografik yang berikut bagi proses cabutan undi gerai Pesta Pulau Pinang 2019. Semua borang untuk cabutan undi boleh di muat turun di Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang(sysP).

    Continue reading
  • TAKLIMAT PEROLEHAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

    TAKLIMAT PEROLEHAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

    TAKLIMAT PEROLEHAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

    Continue reading
  • PENANG 2030

    PENANG 2030

    PENANG 2030

    Penang2030 ini merupakan satu hala tuju ke arah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga yang mengaspirasikan negara maju menjelang tahun 2030

    Continue reading

Dasar Negeri

  • DASAR PEMBASMIAN KEMISKINAN

    (Bantuan kewangan)

    PENGENALAN

      

    Dasar Pembasmian Kemiskinan merupakan kesinambungan daripada kejayaan Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar yang diperkenalkan sejak Mac 2009. Dasar Pembasmian Kemiskinan diperkenalkan pada Januari 2013 dan bantuan difokuskan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berjaya dikeluarkan daripada kemiskinan tegar. Bantuan yang diberikan merupakan bantuan kewangan bulanan untuk meningkatkan pendapatan bulanan KIR. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi Dasar Pembasmian Kemiskinan adalah RM770.00 dan perkapita RM220.00. Berikut jumlah PGK dan perkapita yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri mengikut tahun:

      

    TAHUN

    PGK

    PERKAPITA

    2009-2011

    RM500.00

    RM100.00

    2012

    RM600.00

    RM120.00

    2013

    RM770.00

    RM220.00

      

    PELAKSANAAN

      

    Bantuan kewangan yang diberikan merupakan tambahan (top up) kepada pendapatan bulanan KIR. Bayaran minima yang diberikan adalah RM100.00 dan maksima RM770.00. Kelayakan KIR untuk menerima bantuan kemiskinan ini adalah seperti berikut:

      

    Kategori (Bil. Ahli Isi Rumah (AIR))

    Kelayakan (Berasaskan pendapatan KIR)

    1 orang

    Pendapatan kurang daripada RM300.00 setelah ditolak bantuan yang diterima

    2 orang

    Pendapatan kurang daripada RM440.00 setelah ditolak bantuan yang diterima

    3 orang

    Pendapatan kurang daripada RM660.00 setelah ditolak bantuan yang diterima

    4-5 orang

    Pendapatan kurang daripada RM770.00 setelah ditolak bantuan yang diterima

    6 orang ke atas

    Pendapatan perkapita kurang daripada RM220.00 seorang setelah ditolak bantuan yang diterima

    Sebagai contoh, bagi KIR tanpa tanggungan yang berpendapatan RM250.00 sebulan akan dibayar RM100.00 bukan RM50.00 dan bagi KIR yang mempunyai 6 orang ahli keluarga dan berpendapatan RM500.00 sebulan akan dibayar RM770.00 bukan RM820.00.

      

    Pelaksanaan program bantuan adalah melibatkan semua Jabatan dan Agensi Negeri secara bersepadu.

      

    Perakuan dan pemantauan dibuat melalui Jawatankuasa yang diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di peringkat negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah di peringkat daerah.

      

    PENCAPAIAN

      

    Jumlah KIR yang menerima bantuan kewangan bulanan sehingga Disember 2012: 876 KIR

      

    PERMOHONAN

      

    Permohonan boleh dibuat melalui Pusat Khidmat ADUN / Penyelaras KADUN dan Pejabat Daerah dan Tanah.

  • 10 Teras Utama Pelancongan

    Digubal untuk memastikan ketibaan pelancong di Pulau Pinang dalam tempoh lima tahun (2008 – 2012) mencecah sekurang-kurangnya 17.4 juta orang

    10 TERAS

    1. Pelancongan Perubatan;

    2. Pelancongan Kebudayaan, Warisan dan Sejarah;

    3. Pelancongan Pendidikan;

    4. Pilihan sebagai ibu Pejabat Wilayah Bagi MNCs (multi-national companies);

    5. Pusat MICE (Pusat Perjumpaan, Insentif, Konvensyen, Pameran);

    6. Pelancongan Eko;

    7. Dataran Kulinari;

    8. Pusat Filem, Kebudayaan dan Kesenian;

    9. Pelancongan Sukan; dan

    10. Syurga Membeli-belah dan Industri.

    PENCAPAIAN (2010 & 2011)

    Ketibaan pelancong bagi tahun 2010 – 2011: 12,010,818 orang

  • Diwujudkan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

    SYARAT KELAYAKAN

    Berusia 60 tahun dan ke atas;Berdaftar sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang; dan Berdaftar dengan Kerajaan Negeri dalam tempoh 1 Mei 2009 sehingga 8 Mac 2010.

    KAEDAH PELAKSAAN

    Pemberian Wang Tunai Sebanyak RM100
    Warga emas yang telah berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan memenuhi kriteria akan diberikan wang tunai sebanyak RM100 selepas tarikh akhir pendaftaran iaitu pada 8 Mac 2010.

    Pemberian Sumbangan Wang Tunai sebanyak RM1,000 Kepada Keluarga Warga Emas Berdaftar Yang Meninggal Dunia Sekiranya warga emas yang berdaftar dan memenuhi kriteria kelayakan meninggal dunia (selepas 8 Mac 2010), sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada keluarga anggota yang mengurus dan membiayai kos pengebumian warga emas berkenaan.

    MEKANISMA PENGUMPULAN DATA DASAR PENGHARGAAN WARGA EMAS NEGERI PULAU PINANG

    PERINGKAT 1
    Pendaftaran Warga Emas melalui pengisian borang.

    PERINGKAT 2
    Semakan dan pengesahan maklumat oleh Pusat Khidmat ADUN dan Pejabat Daerah dan Tanah (termasuk semakan dengan rekod Daftar Pengundi di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya.
    Memasukkan maklumat ke dalam sistem pangkalan data berkomputer

    PERINGKAT 3
    Pejabat Y.B Exco dan UPEN memantau maklumat / data dalam sistem komputer.

  • Pusat Career Assistance And Talent (CAT) Pulau Pinang

    Pusat Career Assistance and Talent Pulau Pinang (CAT) telah dirasmikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri pada 4 Mac 2009 dengan dana permulaan yang diluluskan sebanyak RM10 juta (RM2.5 juta untuk fasa 1)

    • InvestPenang bertindak sebagai pengurus dengan kerjasama agensi Kerajaan Negeri seperti MPPP,MPSP dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP)

    • Kerjasama pintar dengan pihak JobStreet.com

    PERANAN PUSAT CAT

    • Memadankan pekerja-pekerja yang telah diberhentikan kerja atau pekerja-pekerja baru dengan peluang pekerjaan dan program-program latihan

    • Bekerjasama dengan ahli-ahli Pusat CAT untuk menyediakan peluang pekerjaan dan program “Job Attachment

    • Mempromosikan negeri Pulau Pinang sebagai tempat yang sesuai untuk bekerja dan dijadikan sebagai rumah dan seterusnya menambahkan “talent pool” untuk menampung permintaan sektor industri dan perkhidmatan dalam negeri

    • Menggalakkan pelajar-pelajar yang sedang mengaji di Institut Penagjian Tinggi di Negeri Pulau Pinang untuk bekerja di Negeri Pulau Pinang melalui ceramah dan juga promosi laman web Pusat CAT

    PENCAPAIAN (SEHINGGA FEBRUARI 2012)

    • Jumlah pendaftaran direkodkan: 4,322

    • Jumlah padan rujuk yang telah dibuat: 3,433

    • Jumlah peluang pekerjaan yang direkodkan: 5,282

    Mendirikan laman web Pusat CAT. (31 Julai 2011 – 29 Februari 2012)

    • Jumlah layaran 7220 dari 37 negara/wilayah

    • % pelawat baru 57%

    PERTANYAAN

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat CAT di

    1B11-02-03 dan 1B11-02-05, Aras 2, Komtar 10000 Pulau Pinang

    www.penangcatcentre.my

    Tel: 2502170 dan 2502172

  • Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR)

    • Merupakan tabung pinjaman berbentuk mikro kredit dengan dana permulaan RM3 juta

    • Diwujudkan untuk membantu usahawan kecil dan menggalakkan golongan rakyat keterbawahan menceburi bidang perniagaan sebagai usaha membasmi kemiskinan

    • Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bertindak sebagai pengurus dengan kerjasama pihak Universiti Sains Malaysia (USM)

    PELAKSANAAN PTSR

    Jumlah pinjaman maksima PTSR adalah sebanyak RM5,000 tanpa dikenakan kadar faedah dengan tempoh bayaran balik maksima dua (2) tahun

    KEUTAMAAN PEMINJAM

    Hanya kepada peniaga-peniaga kecil sahaja

    PENCAPAIAN (SEHINGGA DISEMBER 2012)

    • Jumlah usahawan yang telah dibantu: 850 orang

    • Nilai pinjaman yang telah diluluskan: RM3.17 juta

    PERTANYAAN

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan, Aras 3, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Bayan Baru,11909 Pulau Pinang

    04-6340182/183/151

  • Diwujudkan bagi menyediakan kediaman yang lebih selamat dan selesa kepada golongan miskin dan miskin tegar

    PELAKSANAAN

    • Siasatan dan perakuan dibuat di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah dan diangkat kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan
    • Kumpulan sasar adalah golongan kerterbawahan dan keluarga miskin tegar

    Bentuk bantuan adalah RM11,000 (maksima) bagi pembaikan dan RM30,000 (maksima) bagi pembinaan rumah baru

    PENCAPAIAN (SEPT 2010)

    • Jumlah rumah yang telah dibaiki bagi tahun 2010 (sehingga September): 99 buah
  • Kempen ini dilancarkan pada 6 Julai 2009 dengan objektif utamanya adalah untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau dan meningkatkan kesedaran rakyat Pulau Pinang mengenai kepentingan menjaga alam sekitar

    PELAKSANAAN

    • Hari Tanpa Beg Plastik pada asalnya dilaksanakan pada hari Isnin tetapi berdasarkan kepada maklumbalas positif yang diterima ianya telah ditambah ke tiga hari iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu bermula 1 Januari 2010
    • Pelanggan yang memerlukan beg plastic akan dikenakan caj RM0.20 yang disalurkan ke tabung Rakan Anti Kemiskinan (RAK)
    • Penyertaan dalam program ini adalah diwajibkan kepada semua pasaraya besar, pasaraya dan pasaraya mini memandangkan ianya telah dijadikan sebagai satu syarat wajib dalam pembaharuan lesen perniagaan
    • Peruncit kecil turut diwajibkan tetapi hanya terhad kepada hari Isnin sahaja

    PENCAPAIAN (OGOS 2010)

    Purata bulanan menunjukkan lebih daripada 20,000 beg plastik telah dikurangkan bagi setiap pasaraya besar dan pasaraya sejak ianya dilancarkan

  • Inisiatif untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan kejuruteraan dan sains serta menggalakkan generasi muda untuk meminati bidang sains dan teknologi

    PELAKSANAAN

    • Dipandu sepenuhnya oleh pihak industri berdasarkan kepada 5 teras yang telah digariskan
    • Ahli Majlis Sains Negeri Pulau Pinang termasuk syarikat multinasional dan ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia, Universiti Terbuka Wawasan, Universiti Tunku Abdul Rahman and Inti International University

    5 TERAS MAJLIS SAINS NEGERI PULAU PINANG  

    •  Pendidikan dan pembelajaran yang mapan untuk menghidupkan kembali minat dan kecenderungan generasi muda dan pelajar terhadap sains dan teknologi melalui bual bicara dengan usahawan yang telah menempa nama, pertandingan, kuiz dan pameran di Pulau Pinang. Diketuai oleh MOTOROLA MALAYSIA
    • Melatih usahawan saintifik muda melalui bimbingan, peluang dan sokongan kewangan untuk mengkomersialkan idea dan ciptaan mereka. Diketuai oleh MINI CIRCUIT TECHNOLOGIES MALAYSIA
    • Pengasuhan melalui pengwujudan Pusat Sains Teknologi untuk mempamerkan kejayaan Negeri Pulau Pinang dalam bidang penciptaan dan inovasi selama 35 tahun tempoh perindustrian bertujuan menggalakkan penciptaan dan inovasi baru. Diketuai oleh  MALAYSIAN AMERICAN ELECTRONIC INDUSTRY
    • Inovasi dan penyelidikan untuk meneruskan kesinambungan kelebihan daya saing sumber manusia di Pulau Pinang; Keupayaan Pulau Pinang sebagai sebuat pusat penyumberan luar, rantaian bekalan yang baik dan kemudahan penyelidikan dan inovasi termasuk pembiayaan untuk menggalakkan idea kreatif dan penciptaan baru. Diketuai oleh INTEL
    • Sains hayat dan kesihatan perubatan bertujuan memupuk generasi muda untuk meminati bidang sains hayat dan menggalakkan sifat ingin tahu terhadap industri teknologi tinggi yang berpotensi di Pulau Pinang. Diketuai oleh BBRAUN

    PENCAPAIAN

    • Laman sesawang rasmi telah diwujudkan di alamat www.psc.org.my
    • Di bawah Teras Pendidikan dan Pembelajaran yang mapan, terdapat beberapa program yang telah dijalankan iaitu :

    - Pada 10 Apr 2010 - Pertandingan 'Mini National Research & Innovation Competition' (NRIC) bertemakan Sains dan Metematik yang disertai lebih daripada 60 buah sekolah. 
    - Pada 26-29 Mei 2010 - Pertandingan 'Mini National Research & Innovation Competition' (NRIC) bertemakan Sains Inovasi yang disertai oleh 20 pelajar tempatan dan 5 pelajar antarabangsa USM

  • Diwujudkan bagi memastikan lebih ramai golongan wanita diberi peluang dan kepercayaan untuk membuat keputusan dan dasar

    PELAKSANAAN

    • Penubuhan NGO Persatuan Tadbir Urus Baik & Kesaksamaan Gender (3Gs) sebagai kumpulan pemikir kepada Jawatankuasa MMK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti yang terdiri daripada ahli politik, ahli akademik dan NGO berdaftar
    • Merangka dan melaksanakan program jangka masa pendek dan panjang ke arah kesaksamaan gender. Contoh program ialah Bengkel Kesaksamaan Gender

    PENCAPAIAN

    • Enam bengkel kerja bertajuk 'Pengenalan kepada Kesaksamaan Gender' atau 'Introducing Gender Equality'  telah dianjurkan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin
    • Penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa bertajuk 'Gender Mainstreaming- Justice For All'  pada 31 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010 di Paradise Beach Hotel yang disertai oleh lebih 200 orang peserta dari dalam dan luar negeri serta turut melibatkan penceramah dari United Nation.
  • Diwujudkan bagi memastikan Negeri Pulau Pinang sentiasa berada dalam status miskin tegar sifar

    PELAKSANAAN

    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah RM 300 bagi ketua isi rumah (KIR) yang tiada tanggungan, RM500 bagi setiap keluarga dan RM100 per kapita
    • Bantuan kewangan yang diberikan adalah untuk memastikan keluarga miskin tegar yang layak tanpa mengira latar belakang beroleh pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM500. Sebagai contoh, sebuah keluarga A yang berpendapatan RM300 sebulan akan diberi bantuan kewangan RM200 sebulan daripada Kerajaan Negeri supaya pendapatan keluarga tersebut sekurang-kurangnya RM500 sebulan
    • Pelaksanaan program melibatkan semua Jabatan dan Agensi Negeri secara bersepadu
    • Perakuan dan pemantauan dibuat melalui Jawatankuasa yang diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri di peringkat negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah peringkat daerah

    PENCAPAIAN (SEPT 2010)

    • Jumlah keluarga yang menerima bantuan kewangan bulanan sehingga September 2010 : 755 keluarga

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 15 August 2019.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2018