• PENYATA KEWANGAN 2017

    PENYATA KEWANGAN 2017

    PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2017

    Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang disediakan setiap tahun oleh Jabatan Kewangan Negeri mengikut kehendak Seksyen 16(1) Akta Prosedur Kewangan

    Continue reading
  • SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 2 2019

    SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 2 2019

    GARIS PANDUAN BAGI PENYEDIAAN CADANGAN BAJET TAHUN 2020

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada semua Pegawai Pengawal

    Continue reading
  • PEMBATALAN PEKELILING PERBENDAHARAAN PK 2.2

    PEMBATALAN PEKELILING PERBENDAHARAAN PK 2.2

    Kementerian Kewangan Malaysia Telah Membatalkan Pekeliling Perbendaharaan PK 2.2 Berkuat Kuasa 31 Disember 2018

    Continue reading
  • 1PEKELILING PERBENDAHARAAN (1PP)

    1PEKELILING PERBENDAHARAAN (1PP)

    MENERIMA PAKAI KESELURUHAN 1PEKELILING PERBENDAHARAAN (1PP) DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

    Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima pakai keseluruhan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) berkuat kuasa 1 Januari 2019 tertakluk kepada beberapa pindaan dan ketetapan berikut.

    Continue reading

enakmen kebebasan maklumat

Enakmen Kebebasan Maklumat

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi memastikan rakyat Pulau Pinang diberi kebebasan untuk mengakses maklumat melalui saluran yang betul dan tepat. Selaras dengan tujuan tersebut, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 telah diwartakan.

Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Bagi tujuan pelaksanaan Enakmen 16 ini, maka dua (2) undang-undang subsidiari berkaitan Enakmen telah disediakan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Dua (2) subsidiari dimaksudkan adalah seperti berikut :

    1. Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014; dan

    2. Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2014

Mana-mana individu yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, maka permohonan boleh dibuat mengikut ketetapan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen dan juga undang-undang subsidiari berkenaan. Permohonan mendapatkan maklumat atau akses kepada maklumat hendaklah dibuat kepada Pegawai Maklumat di jabatan terbabit.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di talian terus 04- 650 5222 / 5662 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kaunter khas Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) telah dibuka di kaunter tingkat 3, KOMTAR berkuatkuasa pada 12 Januari 2015 dan akan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5 petang. Pegawai perhubungan ditempatkan di kaunter khas tersebut.

Files:
(0 votes)

Peraturan-peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014 dan Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Date 2018-11-29
File Size 477.04 KB
Download 246

(0 votes)

Senarai IO Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Date 2018-11-29
File Size 32.98 KB
Download 261

(0 votes)

Warta Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Date 2018-11-29
File Size 180 KB
Download 259

(0 votes)

Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat (Borang A)

Date 2018-11-29
File Size 208.86 KB
Download 263

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 19 July 2019.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2018