“Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang komited dalam mengurus dan mengawal sumber kewangan negeri secara cekap, berakauntabiliti dan telus bagi memastikan kedudukan kewangan yang kukuh demi pembangunan negeri yang mampan. Kepuasan pelanggan sentiasa ditingkatkan berdasarkan pematuhan kepada keperluan peraturan berkaitan dan penambahbaikan berterusan Sistem Pengurusan Kualiti ”.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi :- UNIT TAPAK PESTA DAN EKSPO JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG TAPAK PESTA, JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 11700 SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG
Menyediakan Buku Belanjawan Negeri yang kemas, tepat dan jumlah naskah yang mencukupi, 14 hari sebelum tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri.
Memproses permohonan pindah peruntukan dan memberi jawapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
Memproses bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh baucar bayaran diterima dengan syarat ianya lengkap dan teratur.
Memastikan gaji kakitangan Kerajaan Negeri dibayar mengikut jadual yang ditetapkan.
Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang lengkap dan teratur sebelum 31 Mei.
Memproses permohonan pendahuluan diri dan memberi jawapan dalam temnpoh 5 hari dari tarikh permohonan diterima dengan syarat ianya lengkap dan teratur.
Memastikan permohonan pinjaman kederaan dan komputer dipertimbangkan dan memberi jawapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
Memastikan jawapan kepada permohonan pengecualian Duti Hiburan diberi dalam tempoh 6 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Mempertimbangkan permohonan tawaran perolehan secara rundingan terus, terpilih atau terhad dan perlantikan perunding dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
Memproses permohonan pelupusan/hapus kira yang lengkap dan sempurna dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan diterima.
Memberi ulasan kepada kertas-kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam masa 5 hari bekerja.
Memperakukan penerimaan surat menyurat/permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja dan memberi jawapan/keputusan dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh maklumat lengkap dan keputusan diperoleh.
Memberi layanan dan khidmat nasihat yang jujur, adil dan mesra kepada semua pelanggan.
Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dan terima kasih kerana memilih untuk melayari laman web ini.
Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat dan perkembangan ICT, Laman Web JKNPP telah diberi nafas baru seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berasaskan prinsip Kompetensi, Akauntabiliti dan dan Ketelusan (CAT) yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri. Justeru, adalah menjadi harapan Jabatan ini agar laman web ini akan menjadi saluran alternatif informasi secara capaian pantas serta berkesan bagi menepati keperluan pelanggan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan orang ramai.
Seluruh kandungan laman web ini telah diberi rekabentuk baru dan perubahan serta penambahbaikan dari segi kandungan serta peranannya sebagai perantaramuka maya di antara JKNPP dengan pelanggan. Perkhidmatan terkini yang disediakan adalah berdasarkan ciri-ciri ‘personalisation’ dari segi warna dan saiz tulisan, laman yang menyokong versi PDA, kemudahan alih bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, ruangan undian serta Galeri JKNPP dalam menyediakan bahan-bahan informatif mengenai aktiviti, nota-nota persembahan, ucapan bajet, manual pengguna, pengumuman dan berita semasa dalam bentuk audio, video dan imej. Teknologi ini digunakan bagi memperbaiki kualiti dan prestasi penyampaian maklumat Jabatan secara digital melalui laman web, dan juga memberi kelebihan dari segi kandungan yang lebih dinamik, interaktif dan sentiasa berada di hujung jari pengguna dan pengunjung.
Usaha gigih kakitangan dan inisiatif pembangunan Laman Web JKNPP akan terserlah kejayaannya sekiranya menepati objektif asal kewujudan laman web ini, iaitu telah dapat memberi perkhidmatan yang berkesan yang dikehendaki dan ini akan hanya dapat dinilai berdasarkan kepada kekerapan pengguna melayari laman web serta berinteraksi dengan kami. Justeru, saya bagi pihak Jabatan ini mengalu-alukan sebarang cadangan dan sumbangan untuk memaju dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan penyampaian maklumat melalui media elektronik jabatan ini yang mana ianya merupakan tanggungjawab utama perkhidmatan kami. Segala komen membina dan maklumbalas bagi memperbaiki laman web ini amat diharapkan dan dihargai.
Menerusi laman web ini, harapan saya adalah agar segala maklumat didalamnya dimanfaatkan serta digunakan dengan sebaik-baiknya, dan yang paling penting sekali sasaran kami untuk memberikan perkhidmatan yang mantap dan efisyen kepada pengguna akan tercapai jua.