Hubungi JKNPP

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Cetak Emel

Galeri

  • Raptai Perbarisan Hari Kemerdekaan 2018

  • Perasmian Pesta Pulau Pinang 2018

    Perasmian Pesta Pulau Pinang 2017

Cetak Emel

Lembaga Perlesenan Eksais Negeri Pulau Pinang

Muat turun borang, notis dan panduan :

1. Borang permohonan Lesen Menjual Minuman Keras.

2. Borang permohonan Lanjutan Masa Membuka Bar.


Permohonan Lesen Liquor

Cara Memohon (Sila kemukakan dokumen berikut)

1. Permohonan Baru Lesen Liquor 

  1. Borang Eksais 27 (5 Salinan)
  2. Dua (2) salinan dokumen syarikat
    1. Memorandum And Articles, Form 49 & 24 - bagi syarikat Sendirian Berhad
    2. Sijil Pendaftaran Perniagaan SSM bagi - syarikat biasa.
  3. Kad Pengenalan pemohon (3 salinan)
  4. Gambar pemohon berukuran paspot (1 salinan)
  5. Pelan lokasi (1 salinan)

2. Permohonan Pembaharuan Lesen Liquor 

  1. Borang Eksais 27 (1 Salinan)
  2. Lesen sedia ada (1 salinan)

3. Permohonan Tukar Milik Pemegang Lesen Liquor 

  1. Borang Eksais 27 (5 salinan)
  2. Lesen sedia ada (1 salinan)
  3. Kad Pengenalan (3 salinan)

4. Permohonan Tukar Nama Premis / Tukar Kelas Lesen Liquor

  1. Borang Eksais 27 (5 salinan)
  2. Lesen sedia ada (1 salinan)
  3. Sijil Pendaftaraan Perniagaan SSM (2 salinan)

5. Permohonan Tukar Alamat Lesen Liquor

  1. Borang Eksais 27 (5 salinan)
  2. Lesen sedia ada (1 salinan)
  3. Sijil Pendaftaraan Perniagaan SSM (2 salinan)

7. Lanjutan Masa Membuka Bar

  1. Borang Lanjut Masa Membuka Bar (2 salinan bagi setiap satu bulan)

8. Permohonan Lesen Sementara Lesen Liquor

  1. Surat mengenai maklumat syarikat dan tempoh lesen ingin diperbaharui (bagi lesen liquor Rumah Awam Kelas 1,2,3, Rumah Bir 1 & 2 sahaja)

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Pengerusi

Lembaga Perlesenan Eksais (Negeri)Pulau Pinang

Bahagian Pelesenan,Jabatan Kewangan Negeri

Tingkat 23,Komtar

10900 Pulau Pinang.

Proses Permohonan Lesen Minuman Keras

1. Permohonan yang lengkap diisi akan dirujuk untuk ulasan dan sokongan daripada :-

Majlis Perbandaran Pulau Pinang /Seberang Perai

Jabatan Polis DiRaja Malaysia

Jabatan Kastam Diraja Malaysia; dan

Jabatan Bomba

2. Setelah mendapat ulasan dari jabatan-jabatan berkenaan di atas, permohonan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pelesenan (Eksais) Negeri Pulau Pinang.

3. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon dikehendaki mengiklan permohonan di dalam dua jenis surat khabar dan kemukakan sesalinan potongan asal iklan bagi setiap iklan tersebut ke pejabat ini.

4. Surat kelulusan akan dikeluarkan bagi pemohon membuat bayaran dan mendapatkan lesen di pejabat MBPP / MPSP.

Cetak Emel

CUKAI HIBURAN

  • DUTI HIBURAN

    DUTI HIBURAN

    Duti hiburan dikenakan apabila pemohon atau pun operator mengenakan bayaran masuk ke sesuatu tempat hiburan atau pun apa-apa bayaran yang dikenakan untuk menyaksikan sesuatu hiburan yang mana hiburan tersebut adalah persembahan hiburan bukan dari persembahan amatur.

    PENGECUALIAN DUTI HIBURAN

    Adalah dengan ini pengecualian duti hiburan boleh diberi atas kuasa berdasarkan kepada warta kerajaan atau pun pihak berkuasa negeri yang mana pihak penganjur atau pun operator telah memohon pengecualian terlebih dahulu.

    BAYARAN DUTI

    Bagi pertunjukan pentas bagi artis tempatan dan luar negara yang tidak diperakukan, duti yang dikenakan - 5%

    Bagi pertunjukan pentas bagi artis luar negara yang diperakukan, duti yang dikenakan - 0%

    Bagi pertunjukan hiburan biasa, duti yang dikenakan - 12.5%

    Bagi pertunjukan panggung wayang, duti yang dikenakan - 25%

    *Duti dikenakan berdasarkan kepada jenis hiburan yang diadakan.

  • PROSES PERMOHONAN LESEN HIBURAN BERTIKET

    Borang A

    [Dapatkan di MBPP / MPSP]

    >>

    Unit Duti Hiburan Pulau Pinang
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Mengisi borang permohonan pengecualian
    menggunakan setem dan membayar dengan
    cara penyata-penyata yang diperakui.
    [Kew190 – Pin1/86]

    >>

    Mendaftar semua tiket yang akan digunakan
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Membayar deposit duti hiburan
    [berdasarkan pertunjukan]

    >>

    Surat tiada halangan ke atas permohonan
    dikeluarkan
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Permit hiburan dikeluarkan
    [MBSP/MPPP]
    * Baki deposit dikembalikan jika terdapat tiket yang tidak dijual

  • PROSES PERMOHONAN LESEN HIBURAN BIASA

    Borang A
    [Dapatkan di MPPP / MPSP]

    >>

    Unit Duti Hiburan Pulau Pinang
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Surat dikeluarkan untuk bayaran deposit
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Bayaran deposit dijelaskan
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Surat perakuan dari Unit Duti Hiburan Negeri
    tiada halangan dikeluarkan
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    >>

    Lesen Hiburan dikeluarkan
    [selepas mesyuarat jawatankuasa lesen
    hiburan negeri]

    >>

    Setiap 6 bulan menjelaskan bayaran pukal duti
    hiburan sebagaimana notis arahan dikeluarkan
    [Jabatan Kewangan Negeri KOMTAR]

    * Deposit dikenakan sebagai gantian jika tidak menjelaskan bayaran pukal duti hiburan

    * Bayaran pukal dikeluarkan setiap 6 bulan, Januari – Jun dan Julai - Disember

  • BAYARAN BALIK DEPOSIT & BAKI DEPOSIT

    Bayaran balik deposit duti hiburan dan baki deposit pertunjukan bertiket akan dibuat setelah pihak penganjur atau pun operator menyediakan senarai semak di bawah.

    1. Resit asal bayaran deposit
    2. Sesalinan borang A
    3. Sesalinan akaun bank
    4. Resit sumbangan [ bagi permohonan pengecualian cukai ]
    5. Penyata jualan tiket [ bagi permohonan pengecualian cukai dan pertunjukan bertiket ]
    6. Baki tiket [ bagi permohonan pengecualian cukai dan pertunjukan bertiket ]
    7. Penyata pendapatan dan perbelanjaan [ bagi permohonan pengecualian cukai dan pertunjukan bertiket ]
    8. Borang pengecualian cukai
    9. Akaun Pesuruhjaya Sumpah [ kes kehilangan resit asal ]
    10. Lain-lain perkara yang diminta [ jika perlu ]

    Proses bayaran balik hanya mengambil masa 7 hari bekerja dengan syarat senarai semak di atas dipenuhi dan lengkap. Tuntutan bayaran deposit ini mestilah dilakukan selepas 14 hari tamat pertunjukan atau pun premis hiburan ditutup.

Cetak Emel

Kualiti Dan Inovasi

Pencapaian dan Penganugerahan

  1. Sijil MS ISO 9001:2015 pada 21 September 2017
  2. Memperoleh 5 Bintang menerusi Anugerah Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2013
  3. Memperoleh 4 Bintang menerusi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2012 yang diberikan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia pada 11 November 2013
  4. Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2012 pada 26 April 2013.
  5. Memperoleh 4 Bintang menerusi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2011 yang diberikan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia.
  6. Persijilan MS ISO 9001:2008 pada 28 Januari 2011.
  7. Naib Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2010 – Kumpulan Qurratulain.
  8. Johan Keseluruhan Sukan Dwitahunan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Semelaysia Tahun 2013 - Johan Boling dan PingPong, Naib Johan Karom dan Futsal -ketiga.
  9. Kejohanan Sukan Dwitahunan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Semalaysia Tahun 2010 – Johan Bowling dan Naib Johan Dart
  10. Pencapaian HRMIS adalah 100% bagi Profil Perkhidmatan dan Profil Pengurusan Rekod dan Pengistiharan Harta,SKT/LNPT .
  11. Pelaksanaan MBJ dan JKTU Peringkat Jabatan bagi suku tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat – 100%
  12. Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2009 - Tempat Kedua
  13. Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Tahunan Negeri Pulau Pinang Tahun 2008-2009.
  14. Memperoleh 4 Bintang menerusi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2009 yang diberikan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia.
  15. Laman Web Jabatan Kewangan Negeri dianugerahkan 4 Bintang, kedudukan ke 15 dan di tangga ke-78 antara 1192 Portal dan Laman Web dalam Laporan Hasil Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan 2009 oleh Multimedia Development Corporation (MDeC). Kedudukan ke-4 antara Portal dan Laman Web di Pulau Pinang.
  16. Memperoleh 4 Bintang menerusi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2008 yang diberikan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia.
  17. Sijil Penghargaan daripada JPA (Bhg. Gaji dan Akaun) kerana telah melaksanakan MBJ bagi tahun 2004, 2005 dan 2006.
  18. Sijil Bersih Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2001, 2002, 2003, 2004, 2005 dan 2006.
  19. Persembahan Terbaik dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2005.
  20. Naib Johan Anugerah Kualiti Pengurusan Kaunter tahun 2003.
  21. Naib Johan Pertandingan Kebersihan/Kecerian Pejabat Peringkat Negeri tahun 2003.
  22. Sijil Pendaftaran Sistem Audit MS ISO 9002:1994 bagi 'Pengurusan Belanjawan Dan Perbelanjaan Negeri pada 13 Disember 2003.
  23. Sijil MS ISO 9002:1994 pada 14 Disember 2000.

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 20 November 2019.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2018