• 1PEKELILING PERBENDAHARAAN (1PP)

    1PEKELILING PERBENDAHARAAN (1PP)

    MENERIMA PAKAI KESELURUHAN 1PEKELILING PERBENDAHARAAN (1PP) DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

    Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima pakai keseluruhan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) berkuat kuasa 1 Januari 2019 tertakluk kepada beberapa pindaan dan ketetapan berikut.

    Continue reading
  • SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 1 2019

    SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 1 2019

    PENGURUSAN BAJET TAHUN 2019

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada semua Pegawai Pengawal

    Continue reading
  • TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN TAHUN 2019

    TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN TAHUN 2019

    TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN TAHUN 2019 DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN DENGANNYA

    Continue reading
  • Ucapan Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang (Belanjawan 2019)

    Ucapan Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang (Belanjawan 2019)

    PENANG2030: NEGERI PINTAR, HIJAU DAN BERTERASKAN KELUARGA YANG MENGINSPIRASIKAN NEGARA

    Continue reading

organisasi

Mengenai JKNPP

Sejarah Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Perbendaharaan Negeri mula beroperasi pada tahun 1948 di sebuah bangunan di Lebuh Pantai yang sekarang ini dikenali sebagai Bangunan Ban Hin Lee Bank.  Ianya diketuai oleh seorang Akauntan dengan dibantu oleh 9 kakitangan sokongan iaitu 1 Pembantu Pejabat, 1  Shroff, 4 Peon, 1 Office Keeper, 1 Operator/Typist dan 1 Temporary Clerk. Belanjawan Negeri ketika itu di kenali sebagai `Penang Settlement Estimates 1948` dan disediakan melalui Perbendaharaan Negeri.

Pada tahun 1957, Perbendaharaan Negeri diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri dan dikenali sebagai Pejabat Kewangan Negeri.

Pada tahun 1963, Pejabat Kewangan Negeri telah berpindah ke Tingkat 7, Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing, Pulau Pinang.  Seterusnya pada tahun 1983, Pejabat Kewangan Negeri telah berpindah ke Tingkat 23, Komtar, Pulau Pinang dan dikenali sebagai Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang.

Matlamat

Jabatan Kewangan Negeri berhasrat untuk mencapai matlamat berikut:

1.Memastikan pengurusan sumber kewangan negeri telah dilaksanakan dengan berkesan sebagai elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi pesat. (perancangan & pelaksanaan)
2.Memastikan akaun Kerajaan Negeri dan pengurusan kewangan dilaksanakan dengan cekap, akauntabiliti dan berjimat cermat mengikut undang-undang dan peraturan. (inspektorat, pemantauan, pembayaran, sistem & latihan)
3.Memastikan penyediaan Kerajaan Negeri akaun dan penyata kewangan adalah terkini, tepat dan dalam perintah. (pelaksanaan)
4.Memastikan kualiti dan keberkesanan pembangunan akaun dan sistem pengurusan maklumat. (pembangunan sistem)
5.Memastikan personel pentadbiran Jabatan Kewangan Negeri boleh menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan kewangan negeri dengan cekap, berkesan dan berintegriti untuk mencapai wawasan negara. (Pentadbiran am)

Pelanggan

  1. Y.A.B. Ketua Menteri
  2. Y.B. Timbalan Ketua Menteri
  3. Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
  4. Y.B. MMK
  5. Kerajaan Negeri
  6. Kerajaan Persekutuan
  7. Jabatan-jabatan / Agensi Kerajaan
  8. Orang Awam

FUNGSI UTAMA JABATAN


JKNPP yang merupakan Custodian of State Finance di mana hasil dapat dikutip dan kewangan sediada diuruskan supaya sentiasa mencukupi untuk membiayai perbelanjaan negeri. Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh JKNPP melalui tiga bahagian dengan fungsi utama seperti berikut, iaitu:

(a) Khidmat Pengurusan

  1. Menyedia perkhidmatan sokongan kepada Bahagian-bahagian lain di Jabatan Kewangan Negeri dari segi pentadbiran, kewangan dan pengurusan personel/pembangunan sumber manusia dan juga jabatan-jabatan yang lain. Memproses permohonan pinjaman kenderaan dan komputer, dan pendahuluan diri/pelbagai.

  2. Membangun dan menyelenggara sistem pengurusan kewangan Negeri secara berkomputer.

  3. Membuat auditan pematuhan ke atas pengurusan kewangan jabatan dan menyelaras pertanyaan Ketua Audit Negara.

(b) Pengurusan Kewangan

  1. Menyediakan Anggaran Belanjawan Negeri, mengawal peruntukan dan perbelanjaan, mempertimbangkan permohonan yang memerlukan kelulusan khas dan menguruskan serta menyelaras pinjaman Persekutuan.

  2. Memproses permohonan perolehan aset, pelupusan, kehilangan dan hapuskira, memantau pematuhan peraturan perolehan oleh Jabatan, memproses permohonan pelantikan perunding dan perlanjutan tempoh kontrak.

  3. Merancang, menganalisis, melaksana, mengurus dan memantau pelaburan Kerajaan Negeri bagi mencapai pulangan yang maksima dengan risiko yang minima.

  4. Memantau pengurusan hasil negeri, menyelaras tindakan pengurangan tunggakan hasil, mengenalpasti sumber hasil baru dan menggubal dasar berkaitan pengurusan hasil negeri.

  5. Mengurusetiai Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Negeri.

(c) Pengurusan Perakaunan

  1. Menguruskan kewangan dan akaun Kerajaan Negeri dengan cekap dan berhemah.

  2. Membuat semua pembayaran dengan tepat dalam tempoh yang ditetapkan.

  3. Mengurus dan mengakaunkan terimaan Negeri termasuk cukai hiburan.

  4. Menyediakan Penyata Tahunan Kewangan Negeri dengan betul dan tepat untuk diserahkan kepada Ketua Audit Negara dalam tempoh yang ditetapkan serta dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.

  5. Menyelaras laporan Ketua Audit Negara dan menyediakan Memorandum Audit untuk dibentang dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri.

  6. Memberi khidmat nasihat dan membuat lawatan naziran mengenai pematuhan peraturan kewangan oleh Jabatan Negeri.

  7. Menyelaras pelaksanaan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS).

(d) Unit Pengurusan Tapak Pesta/Ekspo

Jabatan Kewangan Negeri telah dipertanggungjawabkan untuk mengendali dan menguruskan Tapak Ekspo Seberang Jaya dan Tapak Ekspo Sungai Nibong seluas 7 ekar dan 15 ekar masing-masing. Pengendalian dan pengurusan kedua-dua Tapak Ekspo ini adalah meliputi aktiviti-aktiviti mempromosikan penggunaan tapak untuk tujuan perdagangan, pameran, kebudayaan, sukan, kesenian dan pelancongan negeri, di samping menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan, tempahan/sewaan dewan, sewaan tapak, sewaan papan iklan (unipole), kebersihan, keindahan, keselamatan dan kemudahan awam.
Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, kedua-dua Tapak Ekspo adalah relevan bagi menampung program/aktiviti tahunan Kerajaan Negeri serta dapat menjana pulangan dan hasil kepada Kerajaan Negeri.

Dasar Kualiti

Pengurusan Atasan JKNPP bertanggungjawab menggubal Dasar Kualiti seperti berikut:

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang komited dalam mengurus dan mengawal sumber kewangan negeri secara cekap, berakauntabiliti dan telus bagi memastikan kedudukan kewangan yang kukuh demi pembangunan negeri yang mampan. Kepuasan pelanggan sentiasa ditingkatkan berdasarkan pematuhan  kepada keperluan peraturan berkaitan dan penambahbaikan berterusan Sistem Pengurusan Kualiti”.

  1. Dasar ini dicapai melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan MS ISO 9001:2008.

  2. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dipastikan kesesuaian dan keberkesanannya setiap masa selaras dengan visi, misi dan objektif JKNPP.

Dasar ini dihebahkan dan difahami kepada anggota JKNPP dan dikaji semula secara berkala bagi memastikan kesesuaian pelaksanaannya sepanjang masa.

VISI

Menjadi sebuah organisasi pengurusan kewangan dan perakaunan yang mantap bagi memenuhi wawasan negeri.

MISI

Mengurus dan mengawal sumber kewangan negeri melalui pembangunan sistem pengurusan kewangan yang berkesan untuk memastikan kedudukan kewangan yang kukuh demi mencapai pembangunan negeri yang berterusan.

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 19 February 2019.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2018