• Arahan Operasi Bendahari Negeri

    Arahan Operasi Bendahari Negeri

    ARAHAN OPERASI BAGI TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

    Continue reading
  • GARIS PANDUAN PEROLEHAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

    GARIS PANDUAN PEROLEHAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI BAWAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (AKTA 342) DAN AKTA POLIS 1967

    Continue reading
  • KAEDAH PEROLEHAN KERJA BAGI PELAKSANAAN PROJEK KERAJAAN TAHUN 2020

    KAEDAH PEROLEHAN KERJA BAGI PELAKSANAAN PROJEK KERAJAAN TAHUN 2020

    MENERIMA PAKAI PEKELILING PERBENDAHARAAN PK 2.2

    KAEDAH PEROLEHAN KERJA BAGI PELAKSANAAN PROJEK KERAJAAN TAHUN 2020

    Continue reading
  • Surat Arahan Operasi Bendahari Negeri Bilangan 1 Tahun 2020

    Surat Arahan Operasi Bendahari Negeri Bilangan 1 Tahun 2020

    PELAKSANAAN 'GO LIVE' SISTEM PERAKAUNAN AKRUAN KERAJAAN NEGERI (iSPEKS) DI AGENSI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

    Continue reading

enakmen kebebasan maklumat

Enakmen Kebebasan Maklumat

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi memastikan rakyat Pulau Pinang diberi kebebasan untuk mengakses maklumat melalui saluran yang betul dan tepat. Selaras dengan tujuan tersebut, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 telah diwartakan.

Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Bagi tujuan pelaksanaan Enakmen 16 ini, maka dua (2) undang-undang subsidiari berkaitan Enakmen telah disediakan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Dua (2) subsidiari dimaksudkan adalah seperti berikut :

    1. Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014; dan

    2. Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2014

Mana-mana individu yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, maka permohonan boleh dibuat mengikut ketetapan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen dan juga undang-undang subsidiari berkenaan. Permohonan mendapatkan maklumat atau akses kepada maklumat hendaklah dibuat kepada Pegawai Maklumat di jabatan terbabit.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di talian terus 04- 650 5222 / 5662 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kaunter khas Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) telah dibuka di kaunter tingkat 3, KOMTAR berkuatkuasa pada 12 Januari 2015 dan akan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5 petang. Pegawai perhubungan ditempatkan di kaunter khas tersebut.

Files:

Peraturan-peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014 dan Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Date 2018-11-29
File Size 477.04 KB
Download 437

Senarai IO Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Date 2018-11-29
File Size 32.98 KB
Download 440

Warta Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Date 2018-11-29
File Size 180 KB
Download 475

Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat (Borang A)

Date 2018-11-29
File Size 208.86 KB
Download 461

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 03 April 2020.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2018