• KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN DALAM TALIAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

    KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN DALAM TALIAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

    Tujuan kajian diadakan adalah bagi mendapatkan input orang awam dan penjawat awam untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan dalam talian berdasarkan komen dan cadangan yang diberikan

    Continue reading
  • TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN TAHUN 2020 DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN DENGANNYA

    TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN TAHUN 2020 DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN DENGANNYA

    Ketua Jabatan sebagai Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk memastikan perkara-perkara seperti

    Continue reading
  • PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2019 BKK-2

    PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2019 BKK-2

    PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2019 BKK-2 KEPADA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

    Pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 (BKK-2) kepada Anggota Perkhidmatan Awam meliputi

    Continue reading
  • PESTA PULAU PINANG 2019

    PESTA PULAU PINANG 2019

    Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta Pulau Pinang 2019 sedang berlangsung bermula 1 Disember 2019 sehingga 31 Disember 2019 dari jam 6.00 Petang sehingga 11.00 malam.

    Continue reading

Perutusan Y.B Pegawai Kewangan Negeri

Assalamualaikum w.b.t

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dan terima kasih kerana memilih untuk melayari laman web ini.

Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat dan perkembangan ICT, Laman Web JKNPP telah diberi nafas baru seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berasaskan prinsip Kompetensi, Akauntabiliti dan dan Ketelusan (CAT) yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri. Justeru, adalah menjadi harapan Jabatan ini agar laman web ini akan menjadi saluran alternatif informasi secara capaian pantas serta berkesan bagi menepati keperluan pelanggan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan orang ramai.

Seluruh kandungan laman web ini telah diberi rekabentuk baru dan perubahan serta penambahbaikan dari segi kandungan serta peranannya sebagai perantaramuka maya di antara JKNPP dengan pelanggan. Perkhidmatan terkini yang disediakan adalah berdasarkan ciri-ciri ‘personalisation’ dari segi warna dan saiz tulisan, laman yang menyokong versi PDA, kemudahan alih bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa  Melayu, ruangan undian serta Galeri JKNPP dalam menyediakan bahan-bahan informatif mengenai aktiviti, nota-nota persembahan, ucapan bajet, manual pengguna, pengumuman dan berita semasa dalam bentuk audio, video dan imej. Teknologi ini digunakan bagi memperbaiki kualiti dan prestasi penyampaian maklumat Jabatan secara digital melalui laman web, dan juga memberi kelebihan dari segi kandungan yang lebih dinamik, interaktif dan sentiasa berada di hujung jari pengguna dan pengunjung.

Usaha gigih kakitangan dan inisiatif pembangunan Laman Web JKNPP akan terserlah kejayaannya sekiranya menepati objektif asal kewujudan laman web ini, iaitu telah dapat memberi perkhidmatan yang berkesan yang dikehendaki dan ini akan hanya dapat dinilai berdasarkan kepada kekerapan pengguna melayari laman web serta berinteraksi dengan kami. Justeru, saya bagi pihak Jabatan ini mengalu-alukan sebarang cadangan dan sumbangan untuk memaju dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan penyampaian maklumat melalui media elektronik jabatan ini yang mana ianya merupakan tanggungjawab utama perkhidmatan kami. Segala komen membina dan maklumbalas bagi memperbaiki laman web ini amat diharapkan dan dihargai.

Menerusi laman web ini, harapan saya adalah agar segala maklumat didalamnya dimanfaatkan serta digunakan dengan sebaik-baiknya, dan yang paling penting sekali sasaran kami untuk memberikan perkhidmatan yang mantap dan efisyen kepada pengguna akan tercapai jua.



Sekian, terima kasih.
Y.B Dato' Sarul Bahiyah Binti Haji Abu
Pegawai Kewangan Negeri

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 12 December 2019.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2018