• PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2019 BKK-2

    PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2019 BKK-2

    PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2019 BKK-2 KEPADA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

    Pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 (BKK-2) kepada Anggota Perkhidmatan Awam meliputi

    Continue reading
  • PESTA PULAU PINANG 2019

    PESTA PULAU PINANG 2019

    Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta Pulau Pinang 2019 sedang berlangsung bermula 1 Disember 2019 sehingga 31 Disember 2019 dari jam 6.00 Petang sehingga 11.00 malam.

    Continue reading
  • NAIB JOHAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

    NAIB JOHAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

    Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Encik Refnaldy Bin Azuardi, mewakili Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

    Continue reading
  • Tempat Kedua #AktifDigitalPGGOV Tahun 2019

    Tempat Kedua #AktifDigitalPGGOV Tahun 2019

    Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang telah dianugerahkan Tempat Kedua #AktifDigitalPGGOV  Tahun 2019

    Continue reading

Data Terbuka Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Layari Data Terbuka Jabatan Kewangan di pautan berikut  > DATA TERBUKA JKNPP

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

1. Penggunaan data di bawah terma ini
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
(i) Salin, terbit, edar dan pindah data;

(ii) Adaptasi data;

(iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan

(iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
(i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;

(ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan

(iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:
"Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "

4. PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
(i) Data peribadi;

(ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;

(iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;

(iv) Lambang diraja dan lambang tentera;

(v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;

(vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan

(vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5. TIADA JAMINAN
(i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6. UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 06 December 2019.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2018