• SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 3 2021

    SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 3 2021

    GARIS PANDUAN BAGI PENYEDIAAN GARIS PANDUAN BAGI PENYEDIAAN CADANGAN BAJET TAHUN 2022

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pegawai Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pegawai Pengawal di Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang dalam penyediaan cadangan Bajet bagi tahun 2022 yang meliputi Anggaran Perbelanjaan Mengurus, Pembangunan dan Hasil bagi jabatan/agensi masing-masing.

    Continue reading
  • SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 2 2021

    SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 2 2021

    MENERIMA PAKAI HAD NILAI LANTIKAN TERUS BAGI PEROLEHAN KERAJAAN SEMASA TEMPOH DARURAT DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai keputusan untuk menerima pakai Had Nilai Lantikan Terus Bagi Perolehan Kerajaan Semasa Tempoh Darurat.

    Continue reading
  • KAJIAN MAKLUMAT PENGGUNAAN INFORMATION AND COMMUNICATIONS TECHNOLOGY (ICT) BAGI KOMUNITI NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2021

    KAJIAN MAKLUMAT PENGGUNAAN INFORMATION AND COMMUNICATIONS TECHNOLOGY (ICT) BAGI KOMUNITI NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2021

    Soal selidik  ini dibuat untuk mengetahui tahap pengetahuan dan penggunaan ICT di kalangan komuniti di Negeri Pulau Pinang.

    https://www.surveymonkey.com/r/SoalSelidikKomuniti_PSPPSUKPP

    Continue reading
  • SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 6 2020

    SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 6 2020

    PINDAAN KEPADA SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 4 TAHUN 2019: MENERIMA PAKAI KESELURUHAN PEKELILING PERBENDAHARAAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan Ketua-Ketua Jabatan mengenai pindaan kepada garis panduan yang telah disediakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bil. 4 Tahun 2019.

    Continue reading

Perutusan Y.B Pegawai Kewangan Negeri

Assalamualaikum w.b.t

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dan terima kasih kerana memilih untuk melayari laman web ini.

Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat dan perkembangan ICT, Laman Web JKNPP telah diberi nafas baru seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berasaskan prinsip Kompetensi, Akauntabiliti dan dan Ketelusan (CAT) yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri. Justeru, adalah menjadi harapan Jabatan ini agar laman web ini akan menjadi saluran alternatif informasi secara capaian pantas serta berkesan bagi menepati keperluan pelanggan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan orang ramai.

Seluruh kandungan laman web ini telah diberi rekabentuk baru dan perubahan serta penambahbaikan dari segi kandungan serta peranannya sebagai perantaramuka maya di antara JKNPP dengan pelanggan. Perkhidmatan terkini yang disediakan adalah berdasarkan ciri-ciri ‘personalisation’ dari segi warna dan saiz tulisan, laman yang menyokong versi PDA, kemudahan alih bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa  Melayu, ruangan undian serta Galeri JKNPP dalam menyediakan bahan-bahan informatif mengenai aktiviti, nota-nota persembahan, ucapan bajet, manual pengguna, pengumuman dan berita semasa dalam bentuk audio, video dan imej. Teknologi ini digunakan bagi memperbaiki kualiti dan prestasi penyampaian maklumat Jabatan secara digital melalui laman web, dan juga memberi kelebihan dari segi kandungan yang lebih dinamik, interaktif dan sentiasa berada di hujung jari pengguna dan pengunjung.

Usaha gigih kakitangan dan inisiatif pembangunan Laman Web JKNPP akan terserlah kejayaannya sekiranya menepati objektif asal kewujudan laman web ini, iaitu telah dapat memberi perkhidmatan yang berkesan yang dikehendaki dan ini akan hanya dapat dinilai berdasarkan kepada kekerapan pengguna melayari laman web serta berinteraksi dengan kami. Justeru, saya bagi pihak Jabatan ini mengalu-alukan sebarang cadangan dan sumbangan untuk memaju dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan penyampaian maklumat melalui media elektronik jabatan ini yang mana ianya merupakan tanggungjawab utama perkhidmatan kami. Segala komen membina dan maklumbalas bagi memperbaiki laman web ini amat diharapkan dan dihargai.

Menerusi laman web ini, harapan saya adalah agar segala maklumat didalamnya dimanfaatkan serta digunakan dengan sebaik-baiknya, dan yang paling penting sekali sasaran kami untuk memberikan perkhidmatan yang mantap dan efisyen kepada pengguna akan tercapai jua.



Sekian, terima kasih.
Y.B Pegawai Kewangan Negeri

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 21 April 2021.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2018