GARIS PANDUAN BAGI PENYEDIAAN GARIS PANDUAN BAGI PENYEDIAAN CADANGAN BAJET TAHUN 2022
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pegawai Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pegawai Pengawal di Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang dalam penyediaan cadangan Bajet bagi tahun 2022 yang meliputi Anggaran Perbelanjaan Mengurus, Pembangunan dan Hasil bagi jabatan/agensi masing-masing.
MENERIMA PAKAI HAD NILAI LANTIKAN TERUS BAGI PEROLEHAN KERAJAAN SEMASA TEMPOH DARURAT DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai keputusan untuk menerima pakai Had Nilai Lantikan Terus Bagi Perolehan Kerajaan Semasa Tempoh Darurat.
PINDAAN KEPADA SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 4 TAHUN 2019: MENERIMA PAKAI KESELURUHAN PEKELILING PERBENDAHARAAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan Ketua-Ketua Jabatan mengenai pindaan kepada garis panduan yang telah disediakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bil. 4 Tahun 2019.
Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bil. 11 Tahun 2016 - Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (DKICT) Negeri Pulau Pinang Versi 2.0 telah dikeluarkan untuk rujukan dan tindakan setiap kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang .
Kerjasama semua penjawat awam Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mematuhi dasar tersebut supaya pengurusan keselamatan ICT berjalan dengan lancar. Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling ini, maka Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Bil.1 Tahun 2009 - Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri Pulau Pinang adalah dibatalkan.
Layari Data Terbuka Jabatan Kewangan di pautan berikut > DATA TERBUKA JKNPP
Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.
1. Penggunaan data di bawah terma ini Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.
2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut: (i) Salin, terbit, edar dan pindah data;
(ii) Adaptasi data;
(iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
(iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.
3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH: (i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
(ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
(iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut: "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "
4. PENGECUALIAN Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap: (i) Data peribadi;
(ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
(iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
(iv) Lambang diraja dan lambang tentera;
(v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
(vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
(vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.
5. TIADA JAMINAN (i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.
6. UNDANG-UNDANG Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.
PENAFIAN: Isi kandungan yang dipaparkan selepas memilih bahasa yang lain di bawah ini diterjemahkan secara automatik oleh mesin terjemahan Google . Ada kemungkinan isi kandungan yang tidak diterjemah dengan betul. Untuk mendapatkan kandungan asal sila pilih Bahasa Melayu atau English dari link asal yang terdapat di laman web ini.