• Taklimat Pengenalan iSPEKS Pulau Pinang

    Taklimat Pengenalan iSPEKS Pulau Pinang

    Taklimat Pengenalan iSPEKS Pulau Pinang

    Continue reading
  • Ucapan Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang (Belanjawan 2020)

    Ucapan Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang (Belanjawan 2020)

    PENANG2030 TERAS KEJAYAAN KEMAKMURAN BERSAMA

    Continue reading
  • PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN KAWASAN DI TAPAK PESTA, SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG SEMPENA PENGANJURAN PESTA PULAU PINANG 2019

    PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN KAWASAN DI TAPAK PESTA, SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG SEMPENA PENGANJURAN PESTA PULAU PINANG 2019

    Sebut Harga Perkhidmatan Pembersihan Kawasan Di Tapak Pesta, Sungai Nibong, Pulau Pinang Sempena Penganjuran Pesta Pulau Pinang 2019. Sebut Harga dibuka di atas talian dan dibuka kepada semua pengguna Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) yang berkelayakan.

    Continue reading
  • Taklimat Penutupan Akaun Tahun 2019

    Taklimat Penutupan Akaun Tahun 2019

    Penutupan Akaun Tahun Kewangan 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

    Tarikh : 15 November 2019 (Jumaat)
    Masa  : 9.00 Pagi Sehingga 12.30 Tengah Hari
    Tempat : Auditorium C, Aras 5, KOMTAR

    Continue reading

organisasi

Mengenai JKNPP

Sejarah Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Perbendaharaan Negeri mula beroperasi pada tahun 1948 di sebuah bangunan di Lebuh Pantai yang sekarang ini dikenali sebagai Bangunan Ban Hin Lee Bank.  Ianya diketuai oleh seorang Akauntan dengan dibantu oleh 9 kakitangan sokongan iaitu 1 Pembantu Pejabat, 1  Shroff, 4 Peon, 1 Office Keeper, 1 Operator/Typist dan 1 Temporary Clerk. Belanjawan Negeri ketika itu di kenali sebagai `Penang Settlement Estimates 1948` dan disediakan melalui Perbendaharaan Negeri.

Pada tahun 1957, Perbendaharaan Negeri diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri dan dikenali sebagai Pejabat Kewangan Negeri.

Pada tahun 1963, Pejabat Kewangan Negeri telah berpindah ke Tingkat 7, Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing, Pulau Pinang.  Seterusnya pada tahun 1983, Pejabat Kewangan Negeri telah berpindah ke Tingkat 23, Komtar, Pulau Pinang dan dikenali sebagai Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang.

Matlamat

Jabatan Kewangan Negeri berhasrat untuk mencapai matlamat berikut:

1.Memastikan pengurusan sumber kewangan negeri telah dilaksanakan dengan berkesan sebagai elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi pesat. (perancangan & pelaksanaan)
2.Memastikan akaun Kerajaan Negeri dan pengurusan kewangan dilaksanakan dengan cekap, akauntabiliti dan berjimat cermat mengikut undang-undang dan peraturan. (inspektorat, pemantauan, pembayaran, sistem & latihan)
3.Memastikan penyediaan Kerajaan Negeri akaun dan penyata kewangan adalah terkini, tepat dan dalam perintah. (pelaksanaan)
4.Memastikan kualiti dan keberkesanan pembangunan akaun dan sistem pengurusan maklumat. (pembangunan sistem)
5.Memastikan personel pentadbiran Jabatan Kewangan Negeri boleh menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan kewangan negeri dengan cekap, berkesan dan berintegriti untuk mencapai wawasan negara. (Pentadbiran am)

Pelanggan

  1. Y.A.B. Ketua Menteri
  2. Y.B. Timbalan Ketua Menteri
  3. Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
  4. Y.B. MMK
  5. Kerajaan Negeri
  6. Kerajaan Persekutuan
  7. Jabatan-jabatan / Agensi Kerajaan
  8. Orang Awam

FUNGSI UTAMA JABATAN


JKNPP yang merupakan Custodian of State Finance di mana hasil dapat dikutip dan kewangan sediada diuruskan supaya sentiasa mencukupi untuk membiayai perbelanjaan negeri. Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh JKNPP melalui tiga bahagian dengan fungsi utama seperti berikut, iaitu:

(a) Khidmat Pengurusan

  1. Menyedia perkhidmatan sokongan kepada Bahagian-bahagian lain di Jabatan Kewangan Negeri dari segi pentadbiran, kewangan dan pengurusan personel/pembangunan sumber manusia dan juga jabatan-jabatan yang lain. Memproses permohonan pinjaman kenderaan dan komputer, dan pendahuluan diri/pelbagai.

  2. Membangun dan menyelenggara sistem pengurusan kewangan Negeri secara berkomputer.

  3. Membuat auditan pematuhan ke atas pengurusan kewangan jabatan dan menyelaras pertanyaan Ketua Audit Negara.

(b) Pengurusan Kewangan

  1. Menyediakan Anggaran Belanjawan Negeri, mengawal peruntukan dan perbelanjaan, mempertimbangkan permohonan yang memerlukan kelulusan khas dan menguruskan serta menyelaras pinjaman Persekutuan.

  2. Memproses permohonan perolehan aset, pelupusan, kehilangan dan hapuskira, memantau pematuhan peraturan perolehan oleh Jabatan, memproses permohonan pelantikan perunding dan perlanjutan tempoh kontrak.

  3. Merancang, menganalisis, melaksana, mengurus dan memantau pelaburan Kerajaan Negeri bagi mencapai pulangan yang maksima dengan risiko yang minima.

  4. Memantau pengurusan hasil negeri, menyelaras tindakan pengurangan tunggakan hasil, mengenalpasti sumber hasil baru dan menggubal dasar berkaitan pengurusan hasil negeri.

  5. Mengurusetiai Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Negeri.

(c) Pengurusan Perakaunan

  1. Menguruskan kewangan dan akaun Kerajaan Negeri dengan cekap dan berhemah.

  2. Membuat semua pembayaran dengan tepat dalam tempoh yang ditetapkan.

  3. Mengurus dan mengakaunkan terimaan Negeri termasuk cukai hiburan.

  4. Menyediakan Penyata Tahunan Kewangan Negeri dengan betul dan tepat untuk diserahkan kepada Ketua Audit Negara dalam tempoh yang ditetapkan serta dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.

  5. Menyelaras laporan Ketua Audit Negara dan menyediakan Memorandum Audit untuk dibentang dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri.

  6. Memberi khidmat nasihat dan membuat lawatan naziran mengenai pematuhan peraturan kewangan oleh Jabatan Negeri.

  7. Menyelaras pelaksanaan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS).

(d) Unit Pengurusan Tapak Pesta/Ekspo

Jabatan Kewangan Negeri telah dipertanggungjawabkan untuk mengendali dan menguruskan Tapak Ekspo Seberang Jaya dan Tapak Ekspo Sungai Nibong seluas 7 ekar dan 15 ekar masing-masing. Pengendalian dan pengurusan kedua-dua Tapak Ekspo ini adalah meliputi aktiviti-aktiviti mempromosikan penggunaan tapak untuk tujuan perdagangan, pameran, kebudayaan, sukan, kesenian dan pelancongan negeri, di samping menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan, tempahan/sewaan dewan, sewaan tapak, sewaan papan iklan (unipole), kebersihan, keindahan, keselamatan dan kemudahan awam.
Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, kedua-dua Tapak Ekspo adalah relevan bagi menampung program/aktiviti tahunan Kerajaan Negeri serta dapat menjana pulangan dan hasil kepada Kerajaan Negeri.

Dasar Kualiti

Pengurusan Atasan JKNPP bertanggungjawab menggubal Dasar Kualiti seperti berikut:

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang komited dalam mengurus dan mengawal sumber kewangan negeri secara cekap, berakauntabiliti dan telus bagi memastikan kedudukan kewangan yang kukuh demi pembangunan negeri yang mampan. Kepuasan pelanggan sentiasa ditingkatkan berdasarkan pematuhan  kepada keperluan peraturan berkaitan dan penambahbaikan berterusan Sistem Pengurusan Kualiti”.

  1. Dasar ini dicapai melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan MS ISO 9001:2008.

  2. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dipastikan kesesuaian dan keberkesanannya setiap masa selaras dengan visi, misi dan objektif JKNPP.

Dasar ini dihebahkan dan difahami kepada anggota JKNPP dan dikaji semula secara berkala bagi memastikan kesesuaian pelaksanaannya sepanjang masa.

VISI

Menjadi sebuah organisasi pengurusan kewangan dan perakaunan yang mantap bagi memenuhi wawasan negeri.

MISI

Mengurus dan mengawal sumber kewangan negeri melalui pembangunan sistem pengurusan kewangan yang berkesan untuk memastikan kedudukan kewangan yang kukuh demi mencapai pembangunan negeri yang berterusan.

Cetak Emel

Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Paras 23, KOMTAR, 10990
George Town,Pulau Pinang

 04-2623505 
 04-2630725
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti JKNPP di

Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1366 x 768 pixels.

Kemaskini Terakhir: 05 November 2019.

Hakcipta Terpelihara © Kewangan Negeri Pulau Pinang 2018